Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan tamat 31 Ogos ini, pada minggu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan, kata Ismail Sabri pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen, di sini pada Selasa.
Sebelum ini dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan agar PKPP dilanjutkan sehingga jangkitan COVID-19 di negara ini terkawal.
Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada perdana menteri dan Majlis Keselamatan Negara.
Sementara itu, mengulas mengenai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang ingkar arahan kuarantin selepas pulang dari Turki, Ismail Sabri menyerahkan isu tersebut kepada polis untuk disiasat.
"Prosedurnya ialah KKM telah kompaun maksimum RM1,000, selebihnya untuk dibawa ke mahkamah, polis akan buka kertas siasatan dan dibawa kepada peguam negara, peguam negara akan buat keputusan perlu dihadapkan ke mahkamah atau tidak," katanya.
BACA: Isu ahli politik langgar SOP, kerajaan serah kepada pihak berkuasa
Isu kegagalan Mohd Khairuddin mematuhi prosedur operasi standard bagi individu pulang dari luar negara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Dewan Rakyat dan menjadi perhatian pelbagai pihak.
KKM dalam satu kenyataan media selepas itu berkata kementerian mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lalu atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilapor mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 25 2020

Menteri Kesihatan sebelum ini berkata, cadangan melanjutkan PKP sudah dikemukakan kepada perdana menteri dan Majlis Keselamatan Negara. - Gambar hiasan

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi, 31 Ogos
Semua operasi rel merangkumi tren LRT, MRT dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Menghayati roh kemerdekaan dan memaknai Hari Malaysia: Membebaskan minda, jiwa dan raga
31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan.

Putrajaya bergemerlapan, sambutan Ambang Merdeka 2022 meriah
Sejak dari jam 8.30 malam, orang ramai sudah mula berkumpul dan jumlahnya lebih ramai apabila melepasi jam 10 malam.

Patrotisme belia: Mendukung janji diri
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.

PM umum minggu ini status PKPP - Ismail Sabri
Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan, kata Ismail Sabri pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen.

Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Idea bijak!

Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tidak harus dipertikai - Timbalan Ketua Menteri Sabah
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew menyifatkan bahawa 'kontroversi panas' mengenai sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Kenyataan 'Sarawak tak perlu rai 31 Ogos' boleh bawa perpecahan
Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat kenyataan Tan Sri James Jemut Masing boleh membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.

'31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Masing hari ini menegaskan tarikh 31 Ogos tiada kena mengena dengan Sarawak.