KULIM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha menjamin keselesaan anggota keselamatan negara.
Beliau berkata kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM45 juta khusus untuk kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf serta perolehan peralatan di 117 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan RM40 juta bagi infrastruktur serta fasiliti berkaitan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
"Untuk kuarters PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang ada lantai pecah, tandas (bermasalah), saya luluskan peruntukan RM50 juta (untuk penyelenggaraan kuarters PDRM dan balai).
"Saya juga luluskan RM15 juta untuk Jabatan Penjara (kerja-kerja pembaikan kuarters dan fasiliti Jabatan Penjara)," katanya ketika berucap pada Program Malaysia MADANI Perdana Menteri bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM di Batalion 2 PGA Kulim di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata laporan tindakan terhadap pengumuman peruntukan RM150 juta bagi projek itu perlu disediakan oleh kementerian dan pihak yang berkaitan dengan kadar segera untuk dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
"Saya umum hari ini, hari Isnin mesti ada tindakan daripada Kementerian Kewangan dan minggu berikutnya ada tindakan. IGP (Ketua Polis Negara), KSU (Ketua Setiausaha KDN) serta Menteri boleh pantau kemajuannya.
"Maknanya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang, laporan mesti ada atas meja tentang pengumuman Perdana Menteri pada Sabtu (hari ini) kerana kita tidak mahu ada orang merasakan kerja Menteri, kerja Perdana Menteri umum sahaja tetapi tidak melaksanakan," katanya.
Perdana Menteri berkata secara keseluruhannya pada tahun ini, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM350 juta untuk menaik taraf kemudahan agensi KDN dalam usaha memastikan kebajikan anggota keselamatan terpelihara.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM200 juta bagi penyelenggaraan fasiliti kuarters beberapa agensi di bawah KDN termasuk PDRM dan Jabatan Penjara.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanatnya pada majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kem Batalion ke-2, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.
Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Peruntukan tambahan RM5.5 juta jadikan Pasar Siti Khadijah lebih kondusif
Peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta bagi menambah baik Pasar Siti Khadijah di sini akan mewujudkan suasana lebih kondusif.
Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang sekiranya Sabah memerlukan peruntukan tambahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 13,000 orang pelajar.
PM umum peruntukan tambahan RM1 juta untuk tabung Kasih@HAWANA
Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.
Anwar lulus peruntukan tambahan RM14 juta untuk Projek ICQS Wang Kelian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian di Perlis.
Malaysia mohon India eksport 500,000 tan metrik beras putih - Mohamad
Kerajaan berhasrat mengemukakan permohonan peruntukan tambahan daripada India untuk mengeksport 500,000 tan metrik beras putih negara itu ke Malaysia.