KUALA LUMPUR: Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) harus diberi penghargaan atas sumbangan dan usaha mereka terhadap pembangunan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.
Beliau berkata PMKS mewakili sebahagian besar daripada jumlah perniagaan dalam pelbagai sektor yang memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Berdasarkan Data PMKS Tahun 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, PMKS menyumbang RM580.4 bilion atau 38.4 peratus kepada KDNK.
"Mereka juga menyumbang sejumlah RM144.5 bilion atau 10.5 peratus kepada eksport negara. Selain itu, sejumlah 7.59 juta pekerja atau 48.2 peratus guna tenaga negara juga datangnya daripada sektor PMKS," katanya dalam ucaptama Majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2024 di sini malam ini.
Ramanan berkata anugerah itu, yang menilai prestasi syarikat tempatan dan mengkategorikannya mengikut kekuatan masing-masing, adalah penting dalam mempertingkat prestasi usahawan.
Beliau berkata agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut menyediakan pelbagai pakej perkhidmatan yang lengkap bagi individu yang menceburi bidang keusahawanan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta TEKUN Nasional.
"AIM, yang merupakan antara penerima anugerah utama malam ini, memfokus kepada usahawan yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan dengan tujuh skim pembiayaan bermula daripada RM5,000 hingga RM30,000 kepada kumpulan sasar usahawan wanita dan usahawan muda melalui program Sahabat AIM dan sehingga kini, terdapat lebih 300,000 sahabat AIM yang mendapat manfaat di bawah skim ini.
"TEKUN Nasional pula menyediakan pakej pembiayaan yang bermula dari RM1,000 hingga RM200,000 yang dikhususkan kepada usahawan yang dalam proses mengembangkan perniagaan seperti Skim Pembiayaan TEKUN Niaga dan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)," katanya.
Anugerah berprestij itu yang bertemakan 'Usahawan Berinspirasi Cetus Revolusi' adalah bagi mengiktiraf pencapaian tokoh usahawan, usahawan muda, usahawan bumiputera serta bukan bumiputera di negara ini.
Majlis edisi kelapan anjuran NiagaTimes itu bertujuan menggalakkan usaha mengejar kecemerlangan dalam kalangan syarikat tempatan selain mendorong mereka memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara.
Penasihat NiagaTimes Emir Abdul Jalal berkata anugerah itu bukan sahaja meraikan kecemerlangan syarikat PMKS dari pelbagai latar belakang malah menghargai sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi negara.
Sementara itu, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan kumpulan penyanyi tempatan De Fam adalah antara 50 penerima anugerah pada majlis berkenaan.
Bagi pemilik syarikat motivasi Raja Shamri Raja Husin, yang merangkul anugerah dalam kategori Ikon Keusahawanan Sosial 2024, kecacatan anggota badan tidak melumpuhkan semangat kental beliau untuk berjaya dalam kehidupan.
"Saya dilahirkan cacat tanpa sebelah kaki daripada keluarga penoreh getah yang dibantu oleh orang ramai dan bila saya besar, saya membantu membina usahawan di seluruh negara yang sekarang ini sudah 22 tahun," katanya kepada media pada majlis itu.
Majlis bagi meraikan golongan PMKS tempatan itu dihadiri oleh kira-kira 320 usahawan dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Ramanan berkata PMKS mewakili sebahagian besar daripada jumlah perniagaan dalam pelbagai sektor yang memberi sumbangan besar kepada KDNK. - Gambar Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.