KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) diperkenal ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif mempercepat pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik COVID-19.
Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan Datin Rosni Mohd Yusoff, 52, berkata ia adalah arahan daripada Pejabat Perdana Menteri kepada Menteri Kewangan.
"Untuk program Jana Wibawa memang ditentukan oleh Pejabat Perdana Menteri untuk dilaksanakan secara rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
"Disenaraikan projek-projek untuk dinilai oleh Bahagian Perolehan. Senarai projek termasuk syarikat terlibat dan juga kaedah pelaksanaan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi pada hari pertama perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Wan Saiful Wan Jan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Rosni, yang kini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Strategi Badan Berkanun, berkata bagi tender terbuka terdapat lima hingga enam nama (syarikat) dihantar kepada Jawatankuasa Penilaian Kontraktor yang dipengerusikannya bersama pasukan teknikal beberapa kementerian yang terlibat.
"Pegawai-Pegawai ini diberi projek Jana Wibawa untuk membuat penilaian ke atas syarikat-syarikat daripada Pejabat Kementerian Kewangan.
"Setelah pegawai saya memproses dan menilai projek tersebut, ia akan dibawa ke satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya bersama pasukan teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta ahli daripada Bahagian Dasar Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan.
"Setelah mendapat nama syarikat tersebut, kami akan mengangkat ia kepada Menteri Kewangan. Keputusan itu akan diberi kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya untuk dibuat penilaian lanjut," kata saksi pendakwaan ketiga itu.
Beliau juga berkata syarikat yang disenarai akan dinilai daripada segi kepatuhan syarat, keupayaan kewangan syarikat kontraktor dan keupayaan teknikal syarikat.
Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta.
Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022.
Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Wan Saiful hadir di Mahkamah Sesyen pada hari pertama perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM6.9 juta berkaitan projek Jana Wibawa. - Gambar Bernama

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.
‘STEM Talent in the Age of AI’
As Malaysia prepares for an AI-driven future, STEM education and workforce readiness play a critical role. Rushdi Abdul Rahim (MIGHT) and Mohamed Firouz Asnan (UTP) discuss evolving industry expectations, AI readiness, and the strategies needed to develop a future-proof talent pool.

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

PM Anwar lakukan lawatan kerja dua hari ke Vietnam - Wisma Putra
Perdana Menteri Anwar dijadualkan menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025.

Kejadian tikam di utara Melbourne, 4 remaja ditahan
Tiga lelaki cedera, manakala empat remaja ditahan susulan pergaduhan yang berakhir dengan insiden tikaman di utara Melbourne.

Industri gas global memainkan peranan utama dalam peningkatan permintaan tenaga dunia - IGU
Industri gas global memainkan peranan utama dalam mengenal pasti cara baharu untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga dunia yang terus meningkat.

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Restoran kari kepala ikan terkenal terbakar
Ketika kejadian restoran tersebut tidak beroperasi kerana kebanyakan pekerjanya sedang bercuti dan kebakaran tidak melibatkan mangsa.
Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI & digital - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa sama menegaskan, umat Islam perlu menyeimbangkan kemajuan teknologi dengan nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan ihsan, seperti yang ditekankan dalam gagasan MADANI.
The worker and the future of AI-powered work in Malaysia
AI adoption in Malaysia is accelerating, reshaping jobs and productivity. With Budget 2025’s RM60 million investment in AI, how can employees and businesses navigate this transformation while ensuring sustainable workforce growth?

Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.

Pejabat PM rakam takziah pemergian dua petugas RTM
Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) atas pemergian dua petugas jabatan itu baru-baru ini.

Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO
Pelantikan Mohammed Shazalli adalah bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 18 Ogos.

"Jaga adik-adik, keluarga" - Pesanan akhir Rozaid kepada anak sulung
"Jaga adik-adik, pastikan keluarga sentiasa berada dalam keadaan baik," itu pesanan terakhir Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO Allahyarham Rozaid Abdul Rahman kepada anaknya.

Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia
Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia pada Ahad.

Program MADANI Rakyat Zon Timur bermula 5 hingga 7 Julai
Ia dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan Pahang.

PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.

Pejabat PM rakam penghargaan kepada bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik
Pejabat Perdana Menteri (PMO) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya.

PMO diminta beri penjelasan pencapaian lawatan Anwar di Arab Saudi
Apa yang menjadi kepentingan adalah penjelasan mengenai pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah tersebut.

Pejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO
Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan PMO bagi tujuan tertentu.