KUALA LUMPUR:Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pendapatan sehingga 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Zeti Aziz berkata pengumuman berkenaan merangkumi pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan pembayaran khas ehsan 0.75 sen seunit.
Ia membabitkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit, tambahnya.
Jelas Zeti, pembayaran khas ihsan sempena ulang tahun ASB ke-30 itu akan diberikan sehingga 30,000 unit pertama.
"Pengagihan pendapatan ini memberikan pulangan efektif sebanyak lima peratus kepada pemegang unit 30,000 dan ke bawah, dan bagi pemegang unit melebihi 30,000 mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini.
“Ia adalah tanda penghargaan kami kepada semua unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan," katanya pada Majlis Pengumuman Jumlah Agihan Pendapatan secara maya pada Rabu.
Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.
Ia sekali gus menyaksikan agihan pendapatan pada tahun ini lebih rendah berbanding 5.50 sen seunit tahun lalu, yang juga pembayaran pengagihan terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990.
Dalam masa yang sama, Zeti berkata walaupun persekitaran ekonomi berdepan cabaran susulan pandemik COVID-19, Aset Di Bawah Pengurusan PNB meningkat dari RM312 bilion kepada RM320.5 bilion, sementara unit dalam edaran meningkat 3.4 peratus kepada 263.2 bilion unit.
Menurut Zeti lagi, prestasi ASB kekal kompetitif berbanding instrumen pelaburan berisiko rendah yang lain, selain ASB terus menjadi pilihan tepat bagi individu yang mempunyai profil risiko rendah dan melabur untuk jangka panjang.
Setakat ini, jumlah pengagihan pendapatan dan bonus terkumpul dana sepanjang 30 tahun, sejak mula diperkenalkan pada 1990, adalah sebanyak RM159.6 bilion.
Urus niaga ASB ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 Disember hingga 3 Januari 2021 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.
Untuk rekod pada tahun 2019, PNB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit; manakala pada 2018, dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 23 2020

PNB mengumumkan pembayaran pendapatan ASB 4.25 sen dan pembayaran ehsan 0.75 sen seunit (hingga 30,000 unit) bagi tahun kewangan 31 Disember 2020. - Sumber foto PNB

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PNB umum dividen ASB 4.25 sen, ehsan 0.75 sen
Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pendapatan sehingga 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB).