KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang melaksanakan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 mulai 6 Mac hingga 31 Julai.
KPN dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kajian secara dalam talian dan bersemuka itu bertujuan mewujudkan satu profil membaca yang mutakhir dan mengenal pasti tabiat membaca rakyat Malaysia.
Menurut kenyataan itu, data yang diperoleh sangat signifikan bagi mengetahui kecenderungan serta arah aliran budaya membaca terkini rakyat Malaysia terhadap pelbagai sumber bahan bacaan dengan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan.
"Hasil kajian ini berupaya membantu perkembangan industri perbukuan dengan menanggapi isu-isu, masalah dan kolerasi antara industri perbukuan dengan minat membaca rakyat Malaysia, di samping dapat mengukur impak Program Galakan Membaca dalam mempengaruhi minat membaca rakyat Malaysia," menurut kenyataan berkenaan.
Seramai 100,000 orang responden berumur lima tahun dan ke atas dari pelbagai latar belakang budaya, taraf hidup dan lokaliti di seluruh negara disasarkan menyertai kajian itu di pautan bit.ly/3kds99s, dan peserta yang bertuah akan berpeluang memenangi hadiah menarik.
"PNM berharap rakyat dapat meluangkan sedikit masa untuk menyertai kajian ini kerana ia akan menjadi indikator penting kepada kita semua untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju," menurut kenyataan itu lagi.
Maklumat lanjut mengenai Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 itu boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.pnm.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023

Rakyat diharap dapat meluangkan sedikit masa untuk menyertai kajian ini kerana ia akan menjadi indikator penting untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju. - Gambar fail

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.

Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan keberdayaan bahasa komuniti
Ia diharap dapat mengumpulkan dan mendokumentasikan maklumat mengenai bahasa kolokial supaya ia kekal terpelihara.

Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.

MPPN lulus pembangunan ruang sosial perumahan kos rendah dalam KRT
Cadangan pembangunan ruang sosial dan fizikal di kawasan Rukun Tetangga (KRT) perumahan strata kos rendah dalam bandar telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN).

Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.

Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.

Tiada rancangan ubah struktur Rukun Negara - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan struktural kepada Rukun Negara, Dewan Rakyat diberitahu.

Inisiatif Harmoni Madani perkukuh keharmonian masyarakat Malaysia - Aaron
Inisiatif Harmoni Madani akan dilancarkan pada Jun ini dalam usaha meningkatkan dan memperkukuh keharmonian antara masyarakat.

Laksana program MITRA dalam tempoh ditetapkan
Penerima geran MITRA harus laksana program yang telah diluluskan dalam tempoh ditetapkan bagi mengelak dana tersebut ditarik balik.

Kabinet lulus memorandum agar Rukun Negara dilafaz secara penuh - Aaron
Ia perlu bermula dengan mukadimah sebelum disusuli dengan lima prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.