TAIPING: Sebatang pokok hujan-hujan (Samanea Saman) yang berusia 135 tahun di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping yang tumbang seminggu lalu berjaya ditegakkan semula.
Menurut Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir, pokok tersebut telah ditegakkan semula dengan pemantauan secara profesional oleh Arborists Bertauliah (CA), semalam.
Beliau berkata, pokok tersebut tumbang kerana ketidakseimbangan struktur pokok yang telah condong ditambah dengan berlakunya ribut pada hari kejadian.
“Oleh yang demikian, pihak Majlis (MPT) akan sentiasa memastikan supaya pokok tersebut terus diselamatkan dengan sebahagian pokok tersebut akan dipangkas serta bahagian akar dan tanah akan dirawat,” katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Penuh MPT 2022 secara dalam talian, hari ini.
BACA: Pokok berusia 135 tahun di Taman Tasik Taiping tumbang
Khairul Amir juga memaklumkan, pokok tersebut akan berada dalam pemantauan dan selenggaraan untuk tempoh 12 bulan sehingga pulih.
Katanya, sebagai langkah mengurangkan risiko pokok lain yang dalam keadaan serupa tumbang, MPT akan menyediakan sokongan penampan dalam masa terdekat selain melakukan rawatan akar.
Difahamkan, sebelum ini, empat batang pokok jenis sama yang ditanam sejak era kolonial juga telah tumbang.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Feb 28 2022

Pokok hujan-hujan (Samanea Saman) di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping yang tumbang seminggu lalu berjaya ditegakkan semula dengan pemantauan secara profesional oleh Arborists Bertauliah (CA). - Gambar ihsan Majlis Perbandaran Taiping .

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Pokok berusia 135 tahun di Taman Tasik Taiping yang tumbang ditegakkan semula
Pokok tersebut akan berada dalam pemantauan dan selenggaraan untuk tempoh 12 bulan sehingga pulih.