NARATHIWAT: Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Abdul Aziz Che Mamat berkata kebanyakan pasangan yang ingin berpoligami datang ke wilayah ini untuk menjadi pasangan secara sah dan sanggup datang dari jauh semata-mata bagi menghalalkan hubungan.
Beliau berkata berpoligami adalah antara punca ramai pasangan Malaysia beralih melangsungkan perkahwinan ke selatan Thailand dan tindakan berkenaan seharusnya tidak dipandang sinis dan masyarakat harus berfikiran terbuka.
"Bagaimanapun perkahwinan yang dilangsungkan di selatan Thailand tidak semudah disangka kerana ada syarat tersendiri termasuk memeriksa latar belakang pasangan.
"Antara syarat wajib, jika pasangan wanita itu janda atau balu kita perlu melihat surat cerai atau sijil mati pasangannya terlebih dahulu. Sekiranya syarat itu tidak dipatuhi atau meragukan pasangan berkenaan tidak akan dinikahkan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Abdul Aziz berkata pihaknya tidak secara semberono menikahkan mereka kerana setiap orang perlu memikirkan nasab keturunan mereka selepas ini sekiranya berbohong.
Setiap pasangan yang ingin berpoligami di Thailand perlu membuat pengesahan di Pejabat Konsulat Besar Malaysia di Songkhla dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia semula bagi menggelak sebarang fitnah dan hak pasangan wanita sekiranya mempunyai anak kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2024

Abdul Aziz berkata pihaknya tidak secara semberono menikahkan mereka kerana setiap orang perlu memikirkan nasab keturunan mereka selepas ini sekiranya berbohong. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Aplikasi janji temu kaedah kerap digunakan untuk bertemu pasangan di Jepun - Kajian
Agensi Kanak-kanak dan Keluarga merancang untuk meningkatkan kerjasama dengan swasta dalam mempromosi aplikasi janji temu yang mematuhi garis panduan.

Poligami: Hampir 30 pasangan dari Malaysia ke selatan Thailand setiap bulan
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Malaysia datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.

Jangan harapkan pasangan 'perfect', terima seadanya pasti bahagia
Melalui perkongsian Ustaz Datuk Kazim Elias, ada empat perkara yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan sesebuah perkahwinan.

Kes nikah di Thailand meningkat 15 peratus bagi daerah Kota Setar
Kes pernikahan di Thailand tanpa kebenaran yang membabitkan pasangan dari daerah Kota Setar kini secara puratanya meningkat 15 peratus sebulan, selepas dua tahun berlaku pandemik COVID-19.

Poligami perlu ikut undang-undang, jujur dengan pasangan - Exco
Ada enakmen digubal demi kebajikan dan kepentingan pihak-pihak dalam perkahwinan termasuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan saudara-mara.

'Kahwin luar negara, pasangan perlu maklum keluarga'
Sebagai anak, pasangan yang ingin berkahwin sepatutnya menghormati ibu bapa dengan memaklumkan niat mereka itu.

'Kami tak tahu ada kes dera'
Rata-rata penduduk yang tinggal berhampiran dengan rumah pasangan berkenaan, memang tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Risiko pasangan pembawa talassemia berkahwin, kesannya pada anak nanti!
Untuk faham lebih lanjut penyakit talassemia ini dan risikonya, baca perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

Negeri terpadat India cadang polisi dua anak
Di bawah cadangan kerajaan negeri, pasangan dengan lebih daripada dua anak tidak akan dibenarkan menerima faedah atau subsidi kerajaan.

Suami isteri maut, dua cucu cedera kereta bertembung lori
Pasangan itu dikenali sebagai Muhamad Zaidi Mohamad Dahalan, 57, dan Rosmiza Mohd Zain, 51, dari Tanah Merah, Kelantan.