KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi membantu siasatan inkuiri melibatkan kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam pada 2020.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis telah membuka kertas inkuiri untuk menentukan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian bayi tersebut.
"Polis telah membuka kertas inkuiri untuk menentukan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian bayi tersebut
"Sepatutnya Siti Bainun telah dirakam keterangan beberapa hari lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana wanita terbabit sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Op Selamat di Balai Trafik Kuala Lumpur, pada Khamis.
Katanya, pihaknya kini sedang mengesan seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Fadli bagi membantu siasatan berkaitan kes bayi tersebut.
"Individu berkenaan telah mendakwa kononnya tiada proses bedah siasat dilakukan ke atas mayat bayi tersebut.
"Seharusnya individu berkenaan merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, dakwaan yang dikeluarkannya sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan awam dan membawa kepada tanggapan kononnya polis tidak melakukan siasatan yang sebaiknya dalam kematian mangsa," katanya.
Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam pada 2020, tiada sebarang unsur jenayah.
Pada Selasa, media melaporkan penelitian polis terhadap laporan bedah siasat ke atas Adam yang dikeluarkan pihak Hospital Kuala Lumpur yang menunjukkan sebab sebenar kematiannya disebabkan pneumonia (radang paru-paru).
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 28 2022

Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam pada 2020, tiada sebarang unsur jenayah. - Gambar fail

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Polis akan rakam keterangan Siti Bainun siasat kematian Baby Adam
Polis akan memanggil Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi membantu siasatan inkuiri melibatkan kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam.

Kematian Baby Adam tiada unsur jenayah - Polis
Superintendan Ashari Abu Samah berkata bedah siasat telah dibuat dan punca kematian sudah disahkan oleh doktor.