HULU TERENGGANU: Anggota polis bantuan Telekom Malaysia (TM) maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kilometer (KM) 53 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi dekat Kampung Landas di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, kenderaan pacuan empat roda dari Ajil menghala ke Bukit Besi dipercayai telah membelok ke laluan kanan seterusnya memasuki laluan mangsa.
Katanya, keadaan itu menyebabkan motosikal dipandu mangsa, Mohd Riduan Mohd Teh, 40, yang ketika itu berada pada jarak dekat tidak dapat mengelak seterusnya bertembung dengan kenderaan terbabit.
"Disebabkan jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat menghentikan motosikal lalu merempuh kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusia 62 tahun itu.
"Mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu.
"Pihak perubatan mengesahkan punca kematian adalah disebabkan mangsa mengalami cedera parah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut Mohd Adli, kes berkenaan akan disiasat mengikut Sekayen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel asal di Sinar Harian: Polis bantuan TM maut motosikal bertembung pacuan empat roda
Sinar Harian
Fri Jul 09 2021

Motosikal dinaiki mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM 53 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi dekat Kampung Landas di sini pada Jumaat. -Sinar Harian

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Polis bantuan TM maut motosikal bertembung pacuan empat roda
Kenderaan pacuan empat roda dari Ajil menghala ke Bukit Besi dipercayai telah membelok ke laluan kanan seterusnya memasuki laluan mangsa.