Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Syria dalam tempoh kurang 24 jam, yang menjadi mangsa diculik rakan-rakan senegaranya pada Khamis lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata abang kepada mangsa membuat laporan polis pada 5.30 petang bahawa adiknya yang berumur dalam 20-an telah diculik sekumpulan lelaki di sebuah restoran di kawasan Tanjung Tokong.
Menurutnya, kumpulan suspek yang menculik mangsa juga merupakan warga Syria dan mereka telah menghubungi keluarga mangsa untuk meminta wang tebusan.
"Suspek minta wang tebusan RM100,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank milik seorang warga tempatan dan pembayaran harus dibuat dalam tempoh dua jam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, sejurus menerima laporan, polis telah memulakan siasatan untuk mengesan suspek dan operasi polis telah mendatang hasil di mana sebuah kereta Proton Persona yang mencurigakan telah ditahan polis di sebuah restoran makanan segera di Batu Ferringhi.
"Pasukan polis telah menahan tiga individu, dua orang lelaki warga Syria berumur 30 hingga 50 tahun dan seorang wanita tempatan berumur 30-an di dalam kenderaan tersebut pada jam 9 malam.
"Mangsa juga ditemui dalam keadaan tangan diikat dengan pita pelekat di dalam kenderaan terbabit," katanya.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati salah seorang suspek warga Syria dan wanita tempatan itu didapati positif dadah dan kesemua suspek akan direman sehingga 13 Jun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Perculikan 1961.
Siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek dan kesemua rakyat Syria itu merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), katanya.
Dalam perkembangan lain, Huzir ingin meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian samun barangan kemas di Seberang Perai Tengah pada Isnin lepas untuk tampil membuat laporan di Balai Polis berhampiran.
"Polis sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian samun yang melibatkan barang kemas RM1 juta dan bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat harus disalurkan kepada Inspektor Alagesh melalui nombor 014-638 9195 atau 04-222 1522 untuk membantu menyelesaikan kes tersebut," katanya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi, Isnin lepas di Jalan Hadapan Rumah Pam, Jabatan Pengairan dan Saliran, sebuah kereta jenis BMW dinaiki sekumpulan suspek yang memakai topeng muka memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang dpandu oleh dua pekerja syarikat pengedar emas sebelum melarikan lima kilogram emas yang disimpan di belakang bonet kenderaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2019

Mangsa juga ditemui dalam keadaan tangan diikat dengan pita pelekat di dalam kenderaan. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.

Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.

20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.

Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.

Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.

Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.

Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.

Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.