DUNGUN: Polis berjaya membongkar aktiviti judi ikan laga yang berselindung di sebuah pondok di kawasan Felda Kerteh 3, Dungun.
Ia susulan penahanan 15 lelaki yang leka menjalankan kegiatan tersebut semasa serbuan kira-kira jam 12.35 tengah hari pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, serbuan yang dilakukan adalah hasil maklumat awam dan ketika serbuan kesemua mereka gagal melarikan diri.
Katanya kesemua mereka yang ditahan itu berusia di antara 20 sehingga 56 tahun yang beralamat di Kuala Terengganu, Kemaman, Setiu serta merupakan penduduk tempatan.
“15 lelaki ni tinggal sekitar Dungun dan ada juga dari daerah selatan. Mereka bermain judi laga ikan dan memanggil rakan perjudian menggunakan WhatsApp dan mereka saling mengenali satu sama lain,” katanya.
Baharudin berkata, pihaknya percaya kegiatan itu sudah lama aktif berdasarkan kepada jumlah ikan dan wang taruhan yang turut ditemui di lokasi tersebut.
Jelasnya, menerusi serbuan itu pihak polis turut merampas 31 botol yang berisi ikan laga serta wang tunai sebanyak RM950 yang dipercayai sebagai wang taruhan.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati 11 daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes jenayah dan narkotik.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.
Selain itu, Baharudin berkata, kesemua mereka dikenakan kompaun di bawah Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan.
Nur Fazlizai Ali
Tue Jul 06 2021

Baharuddin berkata, serbuan yang dilakukan adalah hasil maklumat awam dan ketika serbuan kesemua mereka gagal melarikan diri. - Astro AWANI
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.

Suspek kes bunuh Norshamira ada enam rekod kes judi - Polis
Siasatan polis setakat ini mendapati lelaki itu pernah disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan tiada rekod jenayah lain.

91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.

Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran ejen judi.

Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.

Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.

12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.

Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.

Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan
Kerajaan digesa pergiat usaha risikan naungan politik yang terlibat melindungi aktiviti perjudian dalam talian.