KUALA SELANGOR: Polis memulakan siasatan berhubung video tular menunjukkan orang ramai berkumpul di sebuah kuil di Jeram yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis akan memanggil penganjur berkaitan isu pematuhan SOP terbabit.
Menurutnya, video berdurasi satu minit itu dikesan tular di media sosial menunjukkan orang ramai berkumpul seperti tidak mematuhi SOP PKPB di kuil terbabit.
"Polis telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur terbabit," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Ramli berkata, pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan di semua lokasi bagi memastikan SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilaksanakan.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / Peraturan 19 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya.
Sebelum ini tular video memaparkan deretan kereta dan orang ramai berkumpul di sebuah kuil di daerah ini pada Ahad.
Artikel asal di Sinar Harian: Polis buka kertas siasatan orang ramai berkumpul di kuil
Sinar Harian
Mon May 10 2021

Tular video memaparkan deretan kereta dan orang ramai berkumpul di sebuah kuil di daerah ini pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Trafik lebuh raya terhenti, beri laluan singa liar melintas
Singa tersebut dilihat menuju ke sebuah kuil yang terletak di seberang jalan berhampiran.

Gaduh di kuil, polis reman tiga lelaki bantu siasatan
Ketiga-tiga mereka masing-masing berusia 21 hingga 25 tahun ditahan polis yang melakukan tugas menjaga keamanan di kawasan kuil berkenaan.

Sembilan maut kuil runtuh akibat hujan lebat di India
Keseluruhannya, hampir 50 orang maut susulan insiden berkaitan hujan dalam tempoh 24 jam yang lalu di negeri utara Himachal Pradesh.

India: Korban akibat bumbung telaga roboh meningkat kepada 35 orang
Angka korban tragedi bumbung telaga bertingkat roboh di sebuah kuil di Madhya Pradesh, India, meningkat kepada 35, kata pegawai kanan pada Jumaat.

Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.

Banjir di kuil Amarnath: 15 penganut Hindu terkorban, 40 hilang
Aktiviti ziarah ke Gua Amarnath selama 43 hari, yang bermula pada 30 Jun, dihentikan buat sementara waktu.

Hari Wesak: Penganut Buddha dibenarkan ke kuil, tanpa perarakan
Keputusan membatalkan perarakan berikutan kesukaran mengawal kehadiran orang ramai.

Hanya peralatan sembahyang terbakar di Kuil Kek Lok Si
Kebakaran yang dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam itu tidak melibatkan struktur bangunan di kuil tersebut.

Pengurusan kuil dikompaun langgar SOP
Siasatan dijalankan mendapati pihak pengurusan kuil telah gagal mematuhi SOP PPN Fasa 4 iaitu tiada penjarakan fizikal.

12 terkorban dalam rempuhan dekat kuil di Kashmir
Kejadian berlaku selepas berlaku pertengkaran antara dua kumpulan, mengakibatkan orang ramai tolak-menolak hingga berlaku rempuhan.