KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan kemunculan kembali Geng Lanun Merah Black Maria 360 yang disyaki mengendalikan aktiviti pembuangan sisa toksik berjadual, pengedaran dadah dan penyeludupan pendatang tanpa izin di sekitar Klang.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed untuk kembali membuat pemantauan dan siasatan berterusan berhubung dakwaan terbabit.
"Jika diikutkan sebelum ini, perkara terbabit telah timbul dan PDRM menerusi JSJ telah membuat siasatan terperinci di mana kami dapati ia tidak wujud seperti didakwa.
"Namun apa yang berlaku kini perkara terbabit kembali ditimbulkan jadi saya telah mengarahkan untuk perkara ini kembali disiasat. Kami dalam masa sama masih menunggu sebarang hasil siasatan yang dilakukan," katanya kepada media selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 Polis Diraja Malaysia di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, semalam.
Pada 4 April lepas, media melaporkan kumpulan berkenaan dianggotai tidak kurang 500 ahli menjadikan kumpulan kongsi gelap itu antara kumpulan penjenayah terancang menguasai pelbagai kegiatan jenayah di kawasan Klang, Selangor.
Ekoran itu, JSJ akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kumpulan terbabit yang aktif sejak 2013 yang dikatakan turut didalangi seorang pegawai kanan polis wanita.
Dalam perkembangan berasingan, Acryl Sani berkata pihaknya akan sedaya upaya bertindak meminimumkan pergerakan rentas negeri oleh orang ramai menjelang bulan puasa ini.
"PDRM mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara berhubung itu (pergerakan rentas negeri) dan kami tidak mahu terdapatnya kluster balik kampung dan sebagainya timbul menjelang Ramadan ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Acryl Sani berkata pihaknya sedang mengesan seorang penama di Facebook dipercayai memuat naik laporan mendakwa seorang warga PDRM di Perak meninggal dunia akibat pengambilan vaksin COVID-19.
"Kertas siasatan telah dibuka… satu nama didapati menyebarkan perkara itu dan kami masih mengesan keberadaannya.
"Dakwaan itu setelah disiasat dan ianya adalah tidak benar dan kematian anggota itu tiada kaitan dengan vaksin. Jadi saya minta hentikan daripada membuat spekulasi," katanya.
Terdahulu Acryl Sani menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2020 kepada 12 pegawai kanan termasuk Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Seramai 10,137 individu terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Am Polis seluruh negara menerima sijil APC PDRM termasuk sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021

Acryl Sani (kanan) ketika sidang media ringkas pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 PDRM di Mes Pegawai Kanan Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, 6 April, 2021. --fotoBERNAMA

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.