KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini, Jumaat lepas dipercayai akibat perselisihan faham di laman Facebook.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Nasir Drahman berkata dalam kejadian pada 8 malam itu, mangsa berusia 48 tahun telah berjumpa dengan dua lelaki di restoran itu bagi menyelesaikan masalah peribadi.
Beliau berkata seorang daripada suspek dipercayai memuat naik gambar bapa mangsa yang telah meninggal dunia selain mengaibkannya di laman Facebook.
Bagaimanapun, Mohd Nasir berkata semasa perbincangan, lelaki terbabit naik angin dan memaki hamun sebelum dia dan rakannya bertindak memukul mangsa menggunakan batang besi paip dan kerusi plastik.
"Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dan menerima 12 jahitan di kepala," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kelmarin dan kini giat memburu kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Mohd Nasir memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat Sjn Ahmad Faizal menerusi talian 019-7691924 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
![Polis buru dua lelaki terlibat kes pukul akibat perselisihan faham di Facebook Polis buru dua lelaki terlibat kes pukul akibat perselisihan faham di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655657652_Facebook.jpg)
Polis kini giat memburu kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723770703_maut.jpg)
Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
![Pekebun maut dalam pergaduhan di Cameron Highlands Pekebun maut dalam pergaduhan di Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717147549_TBpdrm.jpg)
Pekebun maut dalam pergaduhan di Cameron Highlands
Pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tepi jalan di Tringkap, Cameron Highlands pada Khamis lepas.
![Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714609155_AbangZainalAbidin.jpg)
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
![Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716270745_kesgaduh.jpg)
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
![Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713692417_TBpdrm.jpg)
Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
![Kes pukul, ugutan jenayah: AJK tertinggi persekutuan Muay Thai profesional direman Kes pukul, ugutan jenayah: AJK tertinggi persekutuan Muay Thai profesional direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710141577_TBAJKjpg.jpg)
Kes pukul, ugutan jenayah: AJK tertinggi persekutuan Muay Thai profesional direman
Seorang ahli jawatankuasa tertinggi Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP) direman selama dua hari mulai hari ini di Mahkamah Majistret, pada Isnin.
![Letupan dalam kes gaduh adik-beradik berpunca daripada mercun - Polis Letupan dalam kes gaduh adik-beradik berpunca daripada mercun - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708766283_PDRM.jpg)
Letupan dalam kes gaduh adik-beradik berpunca daripada mercun - Polis
Bunyi letupan dalam kes video tular pergaduhan antara adik-beradik di Jalan Batu Kawa-Matang, baru-baru ini bukan berpunca daripada letupan senjata api.
![Kes gaduh: Buruh binaan ditahan dipercayai sebabkan kematian peniaga Kes gaduh: Buruh binaan ditahan dipercayai sebabkan kematian peniaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686737322_handcuffed.jpg)
Kes gaduh: Buruh binaan ditahan dipercayai sebabkan kematian peniaga
Ujian saringan awal ke atas suspek itu mendapati dia positif dadah jenis morphin.
![Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684490629_HANDCUFF.jpg)
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.
![Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685288421_Polissuspekberg.jpg)
Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.