KUALA LUMPUR: Polis akan mengemukakan cadangan supaya inkues diadakan berhubung kematian tahanan polis A. Ganapathy selepas kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kes itu masih disiasat dan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat TPR dalam masa terdekat.
Beliau berkata pihaknya memulakan siasatan kes itu selepas menerima laporan daripada ibu mangsa pada 11 Mac lepas yang mendakwa anaknya dipukul ketika dalam tahanan sehingga menyebabkan kaki Ganapathy dipotong.
Arifai berkata mangsa sebelum itu ditahan bersama dengan seorang lelaki pada 24 Feb lepas dan direman selama 12 hari dari 25 Feb hingga 8 Mac bagi membantu siasatan dua kes iaitu samun kilang serta mendatangkan kecederaan.
“Sehari selepas ditahan, mangsa yang positif dadah hasil ujian air kencing itu memaklumkan yang dia mempunyai penyakit jantung dan kencing manis serta keluarganya telah menghantar bekalan ubat pada hari sama.
“Sebanyak empat kali mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan sepanjang tempoh dia berada dalam tahanan kerana luka lama yang wujud sebelum tangkapan dibuat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini.
BACA: Polis nafi dakwaan video tular babitkan A.Ganapathy
Beliau berkata doktor yang merawat Ganapathy mengesahkan lelaki itu mengalami ‘fasciitis menekrosis’ dan tiada pengaliran darah di kaki kanan menyebabkan ia terpaksa dipotong dan mangsa disahkan meninggal dunia di wad unit rawatan rapi Hospital Selayang pada 18 April lepas setelah 43 hari menerima rawatan.
Arifai berkata bedah siasat yang dijalankan Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian mangsa ialah ‘fasciitis menekrosis di bahagian kaki kanan yang dirumitkan dengan sepsis’ namun pihaknya masih menunggu laporan penuh berhubung perkara itu.
“Siasatan awal mendapati mangsa tidak pernah membuat aduan selepas tiga kali dibawa ke Mahkamah Majistret dan ketika menerima rawatan di hospital.
"Kita akan memanggil ibu mangsa dan mereka yang berkaitan dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya yang turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau memberi pandangan mengenai kes itu kerana siasatan masih dijalankan.
Beliau berkata orang ramai yang membuat kenyataan tidak benar di laman sosial berhubung kes itu juga akan disiasat dan dipanggil untuk memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, hari ini. - BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Polis Pahang mohon inkues kes lelaki kemalangan di Cameron Highlands
Polis Pahang akan merujuk kepada pihak pendakwaan negeri untuk membuat permohonan inkues susulan kes kematian seorang lelaki yang terlibat dalam satu kemalangan berhampiran Cameron Highlands.

Inkues Baby Syifaa: 'Saya tak sebut perkataan bunuh' - Amidon
Amidon Anan berkata tidak ada memberikan pendapat yang mangsa kemungkinan mati disebabkan dibunuh.

Inkues kematian Nour Rania: 14 saksi beri keterangan
Empat belas saksi dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner pada prosiding hari pertama inkues bagi menyiasat punca kematian bayi 'Baby Syifa'.

Inkues kematian 'Baby Syifa' bermula 22 Sept
Inkues bagi menentukan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Bayi maut di buaian: Sebutan semula inkues kematian pada 29 Jun
Mahkamah dimaklumkan hakim koroner yang sepatutnya mengendalikan inkues itu bercuti kerana masalah kesihatan.

TPR tentukan inkues doktor pelatih maut jatuh bangunan - Polis
Pelaksanaan inkues terhadap kes doktor pelatih maut akibat terjatuh dari unit kediamannya akan ditentukan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia
Kertas siasatan kes berkenaan telahpun diserahkan kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan selanjutnya.

Polis cadang inkues untuk kes Ganapathy
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kes itu masih disiasat dan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat TPR dalam masa terdekat.

Kematian Nora Anne Quoirin disebabkan nahas, tiada siapa terlibat
Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan tiada penglibatan pihak ketiga dalam kematian remaja perempuan Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin.

4 Januari tarikh keputusan inkues Nora Anne - Peguam
Keputusan dijangka diumumkan pada 10 pagi di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban.