SEREMBAN:Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna merah yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran kawasan Hentian Rehat Senawang, petang Isnin (2 November).
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim video berdurasi 36 saat yang memaparkan sebuah kereta berkenaan dipandu melawan arus di lokasi tersebut, berkata, telah tular sejak jam 5 petang semalam.
Katanya, siasatan lanjut mendapati kejadian itu berlaku di sekitar kawasan Hentian Rehat Senawang ke arah utara di Kilometer (KM) 248 menuju ke KM240 Lebuhraya PLUS di laluan kecemasan.
Ujarnya, kereta itu dikesan memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi dan meneruskan perjalanan ke arah selatan.
Hasil siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan tersebut merupakan seorang wanita Melayu berumur 24 tahun yang menetap di Kulai, Johor.
Bagaimanapun katanya, status pemandu yang memandu kenderaan tersebut masih belum dapat dipastikan dan sehingga kini, pihak polis sedang giat mengenal pasti dan mengesan pemandu kereta berkenaan.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (IPD) Seremban, Insp. Syaifullah di talian 019-6327732.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Nov 03 2020
![Polis cari pemandu Alza merah lawan arus di Lebuhraya PLUS Polis cari pemandu Alza merah lawan arus di Lebuhraya PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604381873_AlzaMerah.jpg)
Video rakaman tular daripada orang awam ini menunjukkan kenderaann tersebut yang dipandu melawan arus di Lebuhraya PLUS pada Isnin. - Media Sosial
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Polis cari pemandu Alza merah lawan arus di Lebuhraya PLUS Polis cari pemandu Alza merah lawan arus di Lebuhraya PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604381873_AlzaMerah.jpg)
Polis cari pemandu Alza merah lawan arus di Lebuhraya PLUS
Kejadian itu berlaku di sekitar kawasan Hentian Rehat Senawang ke arah utara di Kilometer (KM) 248 menuju ke KM240 Lebuhraya PLUS di laluan kecemasan.