KOTA KINABALU: Polis dan anggota keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf warganegara Filipina termasuk dua yang dikehendaki pihak berkuasa negeri itu, dalam operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort, Sabtu lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata mereka ditahan bersama 29 lagi individu, semuanya warganegara Filipina, dalam operasi di kawasan paya bakau pada 3 pagi itu.
"Kita telah semak dengan pasukan keselamatan Filipina dan mereka mengesahkan lapan lelaki itu ahli kumpulan Abu Sayyaf yang melarikan diri ke Sabah hasil operasi dijalankan pasukan keselamatan Filipina di selatan negara tersebut.
"Semakan dengan pihak Filipina juga mendapati dua daripada ahli kumpulan Abu Sayyaf itu dinamakan dalam senarai orang dikehendaki kerajaan Filipina," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.
Hazani berkata siasatan awal mendapati mereka yang ditahan itu tidak terlibat dengan kegiatan menculik untuk wang tebusan di negeri ini dan dipercayai mereka mahu menjadikan Sabah sebagai tempat persembunyian.
Hazani berkata operasi itu merupakan kerjasama pihak polis, ESSCom serta pasukan keselamatan Filipina, dan mereka yang ditahan telah direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
"Ketika ditahan kita menemui beberapa dokumen antaranya resit pengenalan sementara Malaysia yang dipercayai palsu... kita juga percaya mereka ada bawa senjata api dari Filipina tetapi tidak ditemui ketika ditahan, jadi kita mahu cari di mana mereka sembunyikan senjata api itu.
"Kita mahu cari siapa 'established contact' mereka di Sabah ini, berapa lama sudah berada di sini dan laluan mereka ke sini...perlu diingatkan mereka yang didapati bersekongkol boleh diambil tindakan mengikut undang-undang kerana bersubahat," katanya.
Katanya dua ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berada dalam senarai dikehendaki Kerajaan Filipina kerana pernah terlibat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara itu selain turut terbabit dalam beberapa kes penculikan warga asing di Filipina.
Hazani berkata sebagai langkah keselamatan segera, beliau telah mengarahkan semua ketua polis daerah negeri ini supaya mengenal pasti dan mengambil tindakan segera terhadap petempatan haram yang didirikan terutamanya di kawasan pedalaman serta paya bakau.
Beliau berkata polis akan berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi melaksanakan langkah itu dan hingga kini menurutnya sebanyak 624 kawasan petempatan haram telah dikenal pasti dengan lebih 90 merupakan perkampungan atas air.
"Sehubungan itu saya menggesa semua ketua kampung dan masyarakat supaya mengenal pasti penduduk kampung mereka, ada orang baharu sebagainya dan lapor pihak berkuasa jika ada mencurigakan supaya boleh kita sama-sama buat pemeriksaan.
"Majikan jangan sesuka hati ambil pekerja tanpa siasat latar belakang, dikhuatiri mereka ini bekas pengganas....kita polis Sabah juga sedang berbincang dengan ESSCom bagi mengukuhkan kawalan keselamatan terutama di laut serta mengadakan operasi cegah pendatang haram," katanya.
Beliau berkata sejak 2014 hingga tahun lepas, seramai 83 anggota kumpulan pengganas telah ditahan polis Sabah dengan bantuan pasukan keselamatan dan kebanyakan mereka ditahan di kawasan pedalaman pantai barat Sabah.
Hazani berkata mereka memilih menjadikan pantai barat barat Sabah sebagai kawasan persembunyian kerana takut dengan kawalan ketat dilakukan ESSCom di kawasan pantai timur negeri itu.
"Hanya ada dua kes sahaja ditangkap di Semporna dan di Sandakan (pantai timur) yang lain semua ditangkap di pedalaman pantai barat...kita akan perincikan balik dengan ESSCom laluan yang digunakan mereka terutama bagi penyeludupan barangan dan penyeludupan manusia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata mereka ditahan bersama 29 lagi individu, semuanya warganegara Filipina, dalam operasi di kawasan paya bakau pada 3 pagi itu. - Gambar fail
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Februari 2025
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
AWANI Tonight: Transnational repression within Malaysia’s borders
With Malaysia as ASEAN 2025 chair, Douglas Teoh from the End Transnational Repression Alliance speaks on the implications of the country’s role in transnational repression particularly in the face of Myanmar’s junta.
AWANI 7:45 [21/2/2025] – Gummy pembunuh senyap| Keselamatan murid keutamaan| cubaan cabul di masjid| Karpet raya musnah terbakar
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya Tumpuan #AWANI745 malam ini 1. Perjalanan terakhir, keluarga, rakan-rakan iringi jenazah Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
AWANI Tonight: PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
The PAC will begin proceedings on Feb 24 to examine the rise in health insurance premiums and private hospital charges. The findings will be presented in the next Parliament session.
Consider This: Sosma Under Review (Part 1) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Sevan Doraisamy, Executive Director of Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Consider This: Sosma Under Review (Part 2) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Suhakam commissioner Ragunath Kesavan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.

Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.

Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.

ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.

Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.

Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.