Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan menggunakan kaedah lebih agresif dalam menangani jenayah dadah di negara ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ini kerana statistik Jabatan Penjara menunjukkan terdapat peningkatan dalam kes jenayah melibatkan dadah.
"Kalau dilihat pada statistik jenayah melibatkan dadah, terdapat peningkatan iaitu sebanyak 55.4 peratus tahun lalu berbanding 48 peratus pada tahun sebelumnya.
"Perkara ini amat membimbangkan, justeru semua pihak harus mengambil tanggungjawab dalam membantu polis menangani masalah ini, dengan menggunakan SOP (prosedur operasi standard) sedia ada," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kali ke-24 di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi MCPF serta Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MCPF berkata yayasan itu akan berjihad dalam memerangi jenayah dadah di negara ini, iaitu menggunakan kaedah kerohanian dalam membanteras penyalahgunaan dadah.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri telah mengguna pakai piawaian antarabangsa dalam pengiraan statistik jenayah sejak 1 Jan lepas.
"Kita menggunakan kiraan baharu yang lebih tepat, menggunakan kiraan 100,000 penduduk untuk setiap kes jenayah berbanding pengunaan indeks jenayah yang dilaksanakan sebelum ini," katanya.
Menurut beliau, statistik jenayah tahun lepas telah mencatatkan penurunan sebanyak 2.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, persepsi masyarakat terhadap kadar jenayah dilihat masih tidak berubah kerana kes-kes jenayah jalanan masih lagi tinggi, yang menyebabkan masyarakat berpendapat kadar jenayah tidak menampakkan pengurangan.
"Saya harap semua pihak lebih peka dengan kejayaan-kejayaan yang dicapai pihak polis dalam menurunkan indeks jenayah negara, namun dalam masa yang sama pelbagai usaha harus dilaksanakan untuk mengurangkan lagi kadar jenayah," kata Ahmad Zahid.
Mengenai inisiatif sistem sukarelawan dalam talian, 'Volunteer Smartphone Patrol' (VSP) yang dilancarkan 25 Mac lepas, beliau berkata setakat ini, seramai lima juta orang telah mendaftar sebagai ahli VSP.
Menurut Ahmad Zahid, perkembangan itu menunjukkan sesuatu yang positif dengan kesedaran masyarakat untuk turut sama menjadi 'mata dan telinga' dalam membantu polis membanteras jenayah.
Melalui aplikasi itu, semua maklumat berkaitan jenayah yang dikongsikan peserta seperti gambar dan lokasi kejadian akan terus sampai ke pusat kawalan kontinjen sebelum ia dihantar ke pusat kawalan daerah untuk tindakan serta merta. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 01 2017
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung MCPF ke-24 hari ini. - Foto Bernama
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000
Suspek berusia 50 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.
Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish
Enam percakapan saksi telah dirakam, selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan, termasuk penganjur konsert dan rakan mangsa.