JOHOR BAHRU: Polis Johor menegaskan pihaknya telah bertindak secara profesional, terhadap semua aduan yang dilaporkan oleh 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid dan isterinya.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes-kes yang diadu telah pun dilayan dan disiasat, malah ada antaranya juga sudah dituduh dan dijatuhkan hukuman.
"Siasatan yang dijalankan adalah telus dan tiada istilah layanan istimewa kepada mana-mana pihak. Oleh itu, polis suka untuk mengingatkan bahawa isu ini (isu membabitkan Long Tiger) tidak akan berakhir, selagi pihak-pihak yang terlibat masih tidak berhenti tuduh menuduh antara satu sama lain, dalam media sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Kenyataan dikeluarkan sebagai mengulas dakwaan peguam Long Tiger menerusi FB Live pada Selasa, yang menyebut terdapat pegawai polis yang menjalankan siasatan kes anak guamnya sengaja melewat-lewatkan siasatan kes, sedangkan bukti kejadian telah dikemukakan.
Dalam siaran sama, peguam itu turut menyatakan kekesalan kerana surat permohonan pihaknya untuk bertemu Ayob Khan telah ditularkan di media sosial, sehingga menyebabkan mereka dituduh 'makan duit' selain turut membangkitkan soal integriti polis.
"Hasil semakan mendapati, surat yang dikatakan dihantar kepada pihak polis dan tersebar keluar, sebagaimana didakwa oleh peguam tersebut di dalam FB live, tidak pernah berlaku.
"Tidak pasti di mana berlaku kebocoran tersebut, yang pastinya bukan daripada pihak polis," kata Ayob Khan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021

AYOB KHAN: Siasatan yang dijalankan adalah telus dan tiada istilah layanan istimewa kepada mana-mana pihak. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.

Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.

Kes dadah: 'Dah terlalu penat' - Isteri Along Cham anggap ujian terbesar
Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menganggap apa yang berlaku kepada suaminya kini merupakan satu ujian sangat besar daripada Allah.

Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.

Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik
Suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk siasatan lanjut selepas urusan siasatan di Baling selesai.

Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.

Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran
Pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.