ALOR SETAR: Polis Kedah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) ketika dalam tahanan sebuah agensi penguat kuasa di daerah Kuala Muda, pada 20 Julai lepas.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis menerima satu laporan berhubung tangkapan lelaki berumur 24 tahun itu di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 oleh satu agensi penguat kuasa pada pukul 10 malam, 18 Julai lepas.
"Di dalam laporan itu turut dinyatakan pegawai penguat kuasa agensi berkenaan telah mengalami kecederaan akibat pergelutan semasa tangkapan dijalankan ke atas suspek, jadi polis telah membuka kertas siasatan atas laporan itu.
"Pada 19 Julai kira-kira pukul 11.35 pagi, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan rasa tidak puas hati terhadap proses tangkapan ke atas adik lelakinya (OKT) yang dibuat oleh agensi penguat kuasa itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau berikutan laporan yang dibuat oleh wanita berkenaan, polis kemudian telah membuka satu lagi kertas siasatan.
Kamarul Zaman bagaimanapun berkata pada 20 Julai kira-kira 1.30 pagi, OKT dilaporkan telah meninggal dunia di hospital dan kertas siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Saya memberi jaminan bahawa kami sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan adil dalam kes ini dan waris suspek juga telah dimaklumkan tentang perkembangan siasatan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang persepsi negatif berhubung kes ini.
"Polis Kedah juga menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat di talian 04-7741403/1405 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kes ASP Siti Anim Aripin di talian 012-9144654," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021

Kamarul Zaman bagaimanapun berkata pada 20 Julai kira-kira 1.30 pagi, OKT dilaporkan telah meninggal dunia di hospital. - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Komuniti Maritim dinasihat tingkat keselamatan di laut, waspada cuaca tidak menentu
Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar meningkatkan aspek keselamatan ketika di laut serta berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan
Polis Kedah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) ketika dalam tahanan sebuah agensi penguat kuasa di daerah Kuala Muda, pada 20 Julai lepas.

COVID-19: KKM bakal wujudkan pusat panggilan, tambah baik proses pemantauan CAC
Sebagai permulaan, Pusat Panggilan akan dilaksana di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai beban kes tinggi.

15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api
Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam dan keseluruhan kerosakan melibatkan 60 peratus deretan kedai.

Papan tanda Hospital KPJ Ampang Puteri terbakar
Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di Jalan Mamanda berhampiran pusat beli belah Ampang Point di sini gempar seketika apabila papan tanda di tingkat empat, bangunan itu terbakar, malam tadi.

Treler terjunam ke dalam gaung, 1 maut
Pemeriksaan mendapati seorang lelaki tersepit dalam treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera.

Diplomasi vaksin COVID-19: Ke mana arah tuju Malaysia?
Diplomasi vaksin sangat penting ketika ini di mana Malaysia hanya boleh mendapatkan vaksin menerusi dasar kerajaan semasa.

Pensyarah UIA maut dijerut: Suspek utama dituduh esok - Polis
Suspek utama kes pembunuhan seorang pensyarah universiti tempatan pada Julai lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang pada Selasa.

Kes wanita mati dijerut: Curiga pasangan ada 'kekasih gelap' punca pensyarah minta cerai
Hasil soal siasat lanjut, suspek mendakwa mereka masing-masing mempunyai kekasih gelap namun tidak dibincangkan sehinggalah mangsa meminta cerai.

Maritim Terengganu pertingkat rondaan di perairan negara
Rondaan dan pemantauan di perairan negara terus dipertingkatkan sepanjang Aidilfitri ini bagi mencegah sebarang bentuk pencerobohan di perairan negara terutamanya nelayan asing.