KOTA BHARU:Polis Kelantan akan membantu penduduk Orang Asli di Kampung Sendrop, Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang untuk membuat sekatan di laluan masuk ke penempatan berkenaan.
Sekatan itu sebelum ini diusahakan oleh penduduk bagi mengelakkan orang luar yang tidak mempunyai sebab munasabah daripada masuk ke kawasan kampung terbabit yang masih dikategorikan sebagai kawasan hijau COVID-19.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Gua Musang untuk berjumpa dengan penduduk bagi berbincang mengenai perkara itu.
"Mungkin ada pendekatan baharu yang boleh kita bantu dan kemungkinan selepas ini anggota saya juga akan bekerjasama dengan penduduk untuk bantu buat pemeriksaan jalan masuk.
"Mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana itu kampung mereka sendiri dan penduduk mahu sekat supaya orang luar yang tidak ada kena-mengena masuk ke kampung mereka
"Ini usaha mereka untuk elakkan penularan COVID-19 di kawasan itu. Tapi pegawai kita akan pergi berjumpa dan nasihatkan apa yang patut dan supaya jangan ada salah guna kuasa," katanya.
BACA: Penduduk sepakat kawal jalan masuk kampung, elak penularan COVID-19
Beliau menjelaskan sekatan yang dilakukan oleh Orang Asli di Pos Sendrop itu tidak melanggar mana-mana peraturan.
Astro AWANI pada Ahad melaporkan penduduk kampung itu bersepakat membina palang besi untuk menjaga jalan masuk ke kampung mereka.
Penduduk Orang Asli tersebut bertindak demikian kerana ingin menjaga kampung mereka yang masih dikategorikan sebagai zon hijau COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Sendrop, Ahoi Along berkata sekatan itu dibuat sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) berkuat kuasa 16 Januari lalu.
Kampung berkenaan terletak berhampiran kebun sayur yang menjadi laluan beberapa pihak termasuk pekerja asing setiap hari.
Vivi Sumanti
Sun Jan 31 2021
Penduduk Orang Asli di kampung itu bertindak demikian kerana ingin menjaga kampung mereka yang masih dikategorikan sebagai zon hijau COVID-19. - Gambar/ Astro AWANI
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Jalan Lojing-Gua Musang di Pos Blau ditutup
Hujan lebat berterusan mengakibatkan Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau di sini ditutup semula kepada semua kenderaan pada Isnin.
Remaja Orang Asli maut bergesel motosikal rakan
Seorang remaja lelaki Orang Asli maut akibat kecederaan parah pada kepala selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 81, Jalan Gua Musang-Lojing.
Orang Asli Lojing buat laporan polis dakwa penerokaan tanah berleluasa
30 Orang Asli dari tiga penempatan di sini membuat laporan polis, kerana mendakwa berlaku pencerobohan tanah berdekatan penempatan mereka, yang dikatakan semakin berleluasa sejak tiga bulan lepas.
Dua beranak maut tercampak dari Honda CRV
Dua beranak termasuk seorang wanita warga emas maut selepas tercampak dari kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Gua Musang.
20,000 hektar tanah di Lojing, guna sumber air tanpa kebenaran - Exco Kelantan
Sejumlah 20,000 hektar tanah pertanian di jajahan kecil Lojing di Gua Musang menggunakan bekalan sumber air tanpa kebenaran dari Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK).
Bunga Raflesia kembang mekar sepanjang tahun di Lojing, Gua Musang
Walau hanya mekar sekitar tujuh hari, namun orang ramai boleh menyaksikannya sepanjang masa di Pusat Konservasi Raflesia Tanah Tinggi Lojing
Pemandu terlelap, kereta rempuh lori dalam nahas Gua Musang
Mangsa, Nur Najiha Mohd Zaki, 20, berasal dari Pasir Mas, maut di tempat kejadian manakala tiga rakan yang turut menaiki kenderaan itu cedera.
Doktor gigi hilang ditemui selamat selepas tersesat 24 jam di Gunung Yong Belar
Demikian pengalaman Dr Muhammad Iqbal Arifin, 29, yang sesat selama lebih 24 jam selepas mendaki Gunung Yong Belar, Lojing di Gua Musang pada Sabtu.
Berhati-hati guna jalan Gua Musang-Lojing - Polis
Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 97 di sini, kini boleh dilalui semua kenderaan selepas runtuhan tanah dari lereng bukit yang menimbus sebahagian laluan itu, telah dibersihkan.
Tun Jeanne harap Lojing tidak jadi Cameron Highlands
Semua pihak disaran agar mengambil iktibar daripada kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands dan tidak membiarkan perkara sama berulang di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan.