KOTA BHARU: Polis menafikan dakwaan bahawa insiden letupan melibatkan sebuah kenderaan sehingga seorang lelaki maut di Persimpangan Kampung Sireh, di sini Jumaat lepas, kerana dibom seperti yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.
"Hasil pemeriksaan akan diketahui dalam masa terdekat selepas kedua-dua unit terlibat selesai menjalankan siasatan. Berdasarkan maklumat awal daripada saksi mengatakan terdapat asap keluar melalui bonet kereta mangsa sebelum berlakunya letupan," katanya.
Shafien berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Khas (Penguatkuasaan Mencegah COVID-19) di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai satu mesej dalam WhatsApp yang tular dengan insiden letupan tersebut berlaku kerana serangan dron dan bukannya dipanah petir.
Dalam pada itu, Shafien berkata sepanjang siasatan dijalankan di lokasi kejadian, laluan dari arah Pintu Geng menghala ke Lembah Sireh ditutup sementara sehingga dimaklumkan kemudian.
"Penduduk di Lembah Sireh, Pintu Geng, Taman Guru, Salor Lama, Pendek boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persekutuan Kuala Krai-Kota Bharu terus ke Wakaf Che Yeh-Telipot-Wakaf Siku.
"Bagi yang bekerja di dalam kawasan laluan yang ditutup seperti Wisma Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan Pejabat Pos Kota Darul Naim berdekatan lokasi, dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada anggota bertugas untuk tapisan," katanya.
Dilaporkan, seorang lelaki berusia 49 tahun maut apabila kereta yang dipandunya putus dua disyaki akibat daripada letupan mercun yang dibawa di dalam keretanya, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, 21 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021

Shafien berkata punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik JBPM Putrajaya. - Gambar fail

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

'Kereta untuk bawa mak lawat ayah di hospital dah terbakar'
Kereta berkenaan tiba-tiba mengeluarkan tanda amaran berlaku masalah enjin menyebabkan kakaknya segera memberhentikan kereta di tepi lebuh raya dan mengarahkan semua penumpang keluar.

Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.

Kereta meletup, anak perempuan pakar sains politik Rusia maut
Sebuah kereta milik anak perempuan pakar sains politik dan falsafah terkenal Rusia Alexander Dugin meletup lewat Sabtu di Moscow.

Letupan kereta: Bukan sebab rokok, petir atau dron - Polis Kelantan
Polis masih menunggu laporan penuh dari Unit Forensik Polis Diraja Malaysia dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengetahui punca sebenar yang mencetuskan letupan.

Polis Kelantan nafi kereta meletup kerana serangan dron
Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.

Berdebar, gelisah jadi 'petanda awal'
Seorang wanita yang turut terlibat dalam kejadian kenderaan meletup di Simpang Empat Kampung Sireh mendakwa seperti diberikan 'petanda awal'.