Serbuan dilaksanakan di Kampung Bukit Lata, Rantau Panjang pada Khamis lalu oleh Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA).
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner, Shafein Mamat berkata, pihaknya percaya lelaki berkenaan antara ahli kumpulan sindiket pengedaran dadah.
”Peluru ini ada pelbagai jenis, kita masih dalam siasatan untuk kesan senjata. Kalau ada peluru (bermakna) ada senjata.
“Dia (jalankan) bisnes ini tak boleh lone ranger (sendirian), maka kita (polis) dalam usaha mengesan saki baki kumpulan ini,” ujar Shafein.
Selain ganja, pihaknya juga turut merampas pil Eramin 5 dan menyita dua buah kenderaan yang mana kesemua nilai rampasan dan sitaan berjumlah RM300,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39a (2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
