KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti keluarga seorang remaja berusia 14 tahun yang memandu kereta dan membawa dua kanak-kanak di sebuah kawasan perumahan dipercayai di Sepang, Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.
Beliau turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dan tidak sewenang-sewenangnya membiarkan anak-anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen.
Semalam tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja didakwa berusia 14 tahun dan turut dinaiki dua kanak-kanak dipercayai adiknya.
Menerusi rakaman itu, kereta dipandu remaja terbabit agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan.
Wanita berkenaan, yang mendakwa remaja terbabit sudah beberapa kali dilihat memandu kereta di kawasan tersebut, berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Mohd Yusri turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dan tidak sewenang-sewenangnya membiarkan anak-anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis kenal pasti keluarga remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik
Mohd Yusri berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Remaja lelaki pandu kereta dalam kemalangan maut dibebaskan dengan jaminan polis
Remaja lelaki yang memandu kereta dalam kemalangan membabitkan dua mangsa maut di Jambatan Pulau Pinang semalam dibebaskan dengan jaminan polis.

Remaja langgar wanita hingga maut akan didakwa, siasatan turut bongkar 'kes rogol'
Polis Kedah telah membuka kertas siasatan terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun yang memandu kereta tanpa lesen sehingga mengakibatkan kemalangan maut melibatkan seorang peniaga.