KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang didakwa memukul seorang lelaki warga asing dalam kejadian di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira 2.30 petang dan dirakam dalam sebuah video yang berdurasi selama seminit 21 saat.
Katanya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah melihat video yang tular ini dan melakukan siasatan ekoran dipercayai tempat kejadian merupakan kawasan di bawah pentadbiran IPD Kajang.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian yang tular ini melibatkan mangsa seorang lelaki dipercayai warga asing yang dipukul sekumpulan lelaki tempatan dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti.
“Kejadian yang tular ini jelas merupakan satu kekerasan jenayah yang boleh disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan ia mengganggu-gugat serta mendatangkan kekacauan terhadap ketenteraman awam kerana berlaku di kawasan awam yang terbuka,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, penelitian ke atas video itu juga mendapati, kumpulan lelaki tempatan berkenaan telah melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.
“Berdasarkan video yang tular ini, kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, bolehlah dihukum penjara dua tahun atau dikenakan denda ataupun kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau menambah, bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seskyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Mohd Zaid berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, ASP Mohd Radzee Jamudi, di talian 019-665 5811.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 03 2021

Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang didakwa memukul seorang lelaki warga asing dalam kejadian di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

SPRM berusaha kesan Mohamad Faizul Kamaruddin bantu siasatan kes
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

Gempa bumi 3.9 magnitud landa Sabah
Satu gempa bumi lemah dengan ukuran 3.9 magnitud berpusat di Perairan Tawau, Sabah pada jam 10.19 pagi Jumaat.

Inflasi rendah pada Jun bayang impak rasionalisasi diesel minimum - Ahli ekonomi
Kadar inflasi negara yang lebih rendah daripada jangkaan pada Jun 2024 membayang impak daripada rasionalisasi subsidi diesel kelihatan minimum, kata seorang pakar ekonomi.

Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000
Ganjaran itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.

Kelantan tiada kuasa buat 16 peruntukan jenayah syariah - Mahkamah
Kelantan tiada kuasa buat 16 peruntukan jenayah syariah - Mahkamah

Pelabuhan Malaysia tidak berurusan secara langsung dengan pelabuhan Ukraine - Ka Siong
Kesan langsung akibat krisis Rusia-Ukraine yang masih diteliti MOT bukanlah dari segi impak ke atas pelabuhan tetapi terhadap perniagaan.

Tip semburan minyak wangi supaya kekal lama
Perlu diingat setiap minyak wangi paling lama boleh bertahan untuk digunakan hanyalah lima tahun.

Polis kesan sekumpulan lelaki didakwa pukul warga asing
Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang didakwa memukul seorang lelaki warga asing yang tular di media sosial pada Isnin.

Polis kesan individu promosi iklan judi dalam talian
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jonathan Tan Tee Hoe, berumur 34 tahun dengan nombor kad pengenalan 871128-14-5123.

RMK12 akan dibentang sebaik Parlimen bersidang - Mustapa
Dokumen berkenaan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa membabitkan angka dan perincian lain sesuai dengan keadaan negara termasuk kesan COVID-19.