KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menawarkan pekerjaan sambilan dalam talian sebagai ejen tempahan hotel, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Beliau berkata pihaknya mengesan aktiviti sindiket terbabit yang menawarkan pekerjaan melalui aplikasi WhatsApp menerusi mesej 'Job For Senior' atau 'Job For Old Timer' dan mangsa perlu membuka akaun di laman sesawang lynxoasis.com bagi menyelesaikan tugasan mereka.
"Mangsa berminat akan diminta membuka akaun di laman sesawang lynxoasis.com dan menyelesaikan tugasan tempahan hotel dengan menggunakan wang mangsa terlebih dahulu dengan jaminan akan dipulangkan semula beserta komisen enam hingga 10 peratus bergantung tugasan diselesaikan.
"Melalui laman sesawang itu mangsa akan dapat melihat wang komisen mereka meningkat, namun apabila ingin mengeluarkan wang, sindiket akan mengenakan pelbagai bayaran tambahan sekali gus mengakibatkan kerugian lebih besar kepada mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ramli berkata setakat ini pihaknya menerima 21 laporan polis membabitkan kes penipuan terbabit dengan melibatkan nilai kerugian RM752,100.00.
Dalam kes berasingan, Ramli berkata pihaknya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah dengan penahanan 18 individu dalam serbuan berasingan di beberapa negeri pada 4 dan 5 Mei lepas.
Beliau berkata kesemua individu terdiri 12 lelaki dan enam wanita warga tempatan berusia antara 30 hingga 71 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan di sekitar Sabah, Perak dan Selangor.
Berdasarkan siasatan, sindiket ini beroperasi sejak 2019 dengan menawarkan pelaburan kononnya berkaitan IKS Sabah.
"Sindiket ini juga menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri untuk meyakinkan mangsa-mangsa bahawa pelaburan adalah sah dan menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai medium berkomunikasi selain perjumpaan bersemuka yang turut dilakukan dengan mangsa terlibat.
"Sindiket ini menawarkan pulangan yang tinggi dalam bentuk hibah antaranya melalui pelaburan RM1,000, pelabur dijanjikan keuntungan RM200,000 dalam tempoh tiga bulan," katanya.
Ramli berkata mereka yang ditahan dipercayai berperanan selaku dalang, moderator dan pemilik akaun keldai yang digunakan oleh sindiket penipuan terbabit.
Beliau berkata mangsa yang terpedaya telah mendepositkan wang melalui pindahan ke beberapa akaun keldai milik syarikat dan perniagaan namun tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.
Setakat ini pihak polis menerima 15 laporan membabitkan kerugian keseluruhan RM2.98 juta berkaitan kes ini.
Beliau berkata 28 kad debit pelbagai bank, 24 unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba dan sebuah tablet dirampas dan 15 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM69,796.90 turut disita di bawah Seksyen 50(1) AMLATFPUAA 2001.
Penyitaan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 juga dibuat terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dianggarkan bernilai RM75,000.00 selain membeku 38 akaun bank (RM108,131.93) di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001.
"Kesemua individu yang ditahan sedang disambung reman masing-masing sehingga hari ini, esok dan lusa. Siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Ramli (foto) berkata pihaknya mengesan aktiviti sindiket terbabit yang menawarkan pekerjaan melalui aplikasi WhatsApp menerusi mesej 'Job For Senior' atau 'Job For Old Timer'. -Gambar fail/Bernama
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Lelaki warga emas terkunci dalam bilik air ditemui meninggal dunia
Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

KPDN Pulau Pinang serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 334 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.