Polis akan melaksanakan operasi membanteras kegiatan samseng jalanan atau 'mat rempit' di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti di ibu negara terutama pada ambang merdeka Ahad ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata antara lokasi utama kegiatan 'mat rempit' adalah di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
"Walaupun pihak polis sentiasa pantau lebuh raya DUKE dan AKLEH tetapi masih ada yang berani berlumba di kawasan itu.
"Operasi ini akan dilaksanakan secara bersepadu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar di semua daerah di pusat bandar.
"Mat rempit ini akan masuk ke pusat bandar bermula 12 tengah malam dan akan ke lokasi luar dari ibu negara untuk berlumba," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Bulan Kebangsaan bersama Duopharma di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata 164 individu telah ditahan dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
Zulkefly berkata dalam tempoh sama juga, seramai 741 individu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk di ibu negara.
"Saya nasihatkan kepada orang ramai agar tidak memandu sekiranya minum minuman keras…jangan risikokan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020
Operasi ini akan dilaksanakan secara bersepadu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar. Gambar fail
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.
Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.
ASEAN 2025 | 5 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawakan tumpuan berikut:
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Thai mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Thailand mahu Malaysia bantu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi untuk menerapkan kemahiran mengajar bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang mementingkan segala aspek kehidupan.
Singapura mungkin bukan sasaran tarif langsung AS, kata Vivian Balakrishnan
Amerika Syarikat mungkin tidak mengenakan tarif langsung ke atas barangan dari Singapura, kata menteri luarnya vivian balakrishnan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
Thailand memotong bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar pada hari Rabu (5 Feb), dalam usaha untuk membanteras pusat penipuan dalam talian yang disalahkan kerana menakutkan pelancong China.
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Penggabungan Nissan-Honda mungkin dibatalkan
Pembuat kereta Jepun Honda dan Nissan mungkin membatalkan perbincangan penggabungan, lapor akhbar Asahi Shimbun YANG memetik pelbagai sumber
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.
Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.
Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.
Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Pemilik syarikat atau kenderaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali.
Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Puncak Alam pada Rabu.
Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.