Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghalang pergerakan sebuah kereta yang dipandu secara merbahaya di Paya Terubong dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, pihak polis melepaskan tujuh das tembakan ke arah kereta Proton Wira PFT itu yang dipandu lelaki berusia 46 tahun.
"(Sebelum itu) polis melakukan pemeriksaan ke atas suspek, namun semasa anggota kita arahkan suspek untuk memberi kerjasama bagi membuat pemeriksaan lanjut dalam keretanya, suspek terus memecut keretanya.
"Polis mengejar kereta suspek bermula dari Jalan Paya Terubong hingga ke Jalan Lengkok Tun Muhd Salleh dan semasa sampai di tepi Petronas Paya Terubong, kereta suspek turut melanggar seorang lelaki yang menunggang motosikal," katanya di sini hari ini.
Katanya polis terus mengejar kereta suspek sehingga ke Tingkat Paya Terubong menghala ke Majestic Height (laluan sehala), sebelum kereta suspek melanggar cermin sisi kereta orang awam yang diparkir di kawasan itu.
"Setelah sampai di lampu isyarat Simpang Jalan Paya Terubong, kereta suspek melanggar pula sebuah kereta orang awam di bahagian hadapan, namun dia masih memecut ke arah Bukit Jalan Paya Terubong," kata Mior Faridalathrash.
Beliau berkata anggota polis juga menggunakan pembesar suara dan mengarahkan suspek agar memberhentikan kenderaannya kerana dia membahayakan pengguna jalan raya lain, namun suspek tidak mengendahkannya.
Katanya akhirnya polis terpaksa melepaskan tembakan bertujuan menghalang pergerakkan kereta suspek dan bagi menyelamatkan pengguna jalan raya yang lain.
Menurut beliau suspek bagaimana pun meloloskan diri menuju kawasan Bandar Baru Farlim dan keretanya dijumpai ditinggalkan di kawasan lapang hadapan padang permainan berhampiran perumahan Desa Pertama.
"Hasil pemeriksaan awal pada kereta suspek, polis menjumpai sarung pedang sepanjang lebih kurang 0.8 meter, sekotak biji besi (bearing) dan pegawai penyiasat bersama forensik masih melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut.
"Polis telah mengenal pasti suspek yang didapati mempunyai 10 rekod jenayah lampau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017
MIOR FARIDALATRASH: Polis mengejar kereta suspek bermula dari Jalan Paya Terubong hingga ke Jalan Lengkok Tun Muhd Salleh.
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
AWANI Ringkas: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
Polis lepas tembakan, cuba henti kereta dipandu secara bahaya
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghalang pergerakkan sebuah kereta yang dipandu secara merbahaya di Paya Terubong dekat sini pagi tadi.