KUALA LUMPUR: Satu sindiket pengedaran dadah menggunakan lori tiga tan sebagai stor sebagai modus operandi terbaharu tumpas dengan penahanan enam individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.
Kesemua suspek yang juga dalang utama sindiket ini ditahan dalam empat serbuan berasingan di beberapa buah hotel sekitar Lembah Klang pada Khamis lalu.
Turut ditemui dalam serbuan itu pelbagai jenis dadah bernilai RM5.08 juta.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata, empat lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita warga Vietnam itu masing-masing tidak berjumpa secara bersemuka untuk elak kegiatan mereka dikesan polis.
Malah sindiket menjadikan hotel bajet sebagai markas penginapan, manakala sebuah lori tiga tan pula dipercayai dijadikan tempat menyembunyikan dadah.
Antara jenis dadah yang dirampas adalah 141 kilogram syabu yang ditemui dalam lori berkenaan, 0.7 gram heroin dan empat biji pil eramin 5 dalam serbuan di hotel.
Turut dirampas wang tunai RM5,000.
Dengan rampasan dadah ini, polis percaya dadah terbabit boleh dibekalkan kepada 280,000 orang penagih dadah.
Polis juga masih menyiasat sama ada lori berkenaan dijadikan pengangkutan bekalan ke sesuatu destinasi ataupun sekadar dijadikan stor simpanan.
"Sindiket berkenaan didapati bergerak aktif sejak sebulan lepas dengan modus operandi mereka berhubung sesama sendiri dan menjadikan tiga hotel berasingan sekitar ibu kota sebagai tempat persembunyian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.
Katanya lagi, pemeriksaan rekod jenayah mendapati, empat lelaki warga tempatan itu mempunyai rekod jenayah dadah.
Dua lagi warga asing ini dikesan memasuki negara mengguna pas sosial sejak sebulan lalu.
Polis percaya dadah berkenaan untuk pasaran luar Lembah Klang.
Kes kini disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
Mon Jan 31 2022

Yahaya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini. - Fpto Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Polis rampas syabu bernilai RM10 juta diseludup dari negara jiran
Polis merampas syabu dianggarkan bernilai RM10 juta hasil penahanan seorang lelaki di tempat letak kereta makanan segera di Kajang Perdana.

Kastam Sabah rampas lebih 100 kilogram syabu bernilai RM3.36 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 101.95 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3.36 juta dalam serbuan di Pelabuhan Sepanggar, pada Rabu lepas.

Polis rampas 10.4 kilogram syabu dalam serbuan di Tuaran
Susulan itu polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Polis lumpuh sindiket guna lori tiga tan simpan, edar dadah
Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah lori tiga tan sebagai tempat penyimpanan dan merampas syabu seberat 141 kilogram (kg) dianggar bernilai kira-kira RM5.08 juta.

Polis rampas syabu bernilai RM1.296 juta, tahan seorang lelaki
Polis menahan seorang lelaki dan merampas syabu seberat 36 kilogram bernilai RM1.296 juta dalam Op Benteng di Jalan Tebedu-Serian, Sabtu lepas.