KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi (APK) susulan dua lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di Pulau Pinang dan Johor pada Rabu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kedua-dua individu terbabit berumur 27 dan 48 tahun serta pihaknya merampas tiga telefon bimbit, pasport, kad pengenalan dan jam tangan dengan rampasan dianggarkan bernilai RM6,000.
Beliau berkata siasatan mendapati dua lelaki itu disyaki ahli sindiket "Trojan Spymax" yang terlibat secara langsung dengan sindiket penipuan di rantau Asia khususnya di Singapura dengan berperanan sebagai penjual malware (perisian hasad) dan pengurus sewaan server (pelayan) yang menempatkan fail APK.
"Hasil siasatan, sindiket ini menawarkan jualan produk dan perkhidmatan melalui media sosial Facebook, Instagram dan seumpamanya dengan mangsa yang berminat untuk membeli produk akan diberikan pautan fail apk (android package kit) yang perlu dipasang (install) ke telefon mereka sebagai sebahagian daripada proses pembelian.
"Fail APK yang diberi merupakan perisian bersifat malicious dan ia boleh menggodam telefon mangsa seterusnya memberikan akses kepada sindiket penipuan untuk membaca one time password (otp) pada sistem pesanan ringkas, screen mirror, contact list, dan remote access kepada peranti milik mangsa," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pihak Interpol untuk diekstradisi ke Singapura bagi tujuan pendakwaan.
Ramli berkata operasi terbabit merupakan hasil kerjasama selama setahun bersama polis Singapura dalam mengenal pasti, mengumpul dan mengesahkan identiti ahli sindiket yang berselindung di sebalik teknologi, sekali gus berjaya melumpuhkan infrastruktur dan gerak kerja sindiket malware APK di rantau ini.
"Orang ramai diminta supaya berhati-hati ketika memuat turun dan memasang sebarang perisian pada peranti masing-masing.
"Sebarang muat turun fail aplikasi ke telefon pintar hendaklah dilakukan melalui platform yang selamat seperti Google Play dan App Store sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
Ramli berkata kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pihak Interpol untuk diekstradisi ke Singapura bagi tujuan pendakwaan. - Gambar fail/Bernama
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK
Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi (APK) susulan dua lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di Pulau Pinang dan Johor pada Rabu lepas.