Skip to main content

Malaysia

Polis Marin rampas 11.45 tan serbuk ketum di Tuaran

FB INFO X
Empat individu termasuk seorang wanita berusia 23 hingga 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - Foto PPM Wilayah 4 Sabah
Advertisement

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas 11.45 tan serbuk ketum bernilai kira-kira RM1.145 juta dalam operasi di sebuah premis di Tuaran pada Khamis lepas.

PPM Wilayah 4 Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi bersama-sama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran itu dijalankan pada kira-kira 6 pagi hasil maklumat risikan.

“Pemeriksaan di premis dan sebuah lori menemukan sejumlah besar serbuk daun ketum yang telah diproses dan dibungkus dipercayai untuk tujuan pengedaran.

“Empat individu termasuk seorang wanita berusia 23 hingga 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan siasatan lanjut diteruskan bersama-sama JSJN Sabah bagi mengenal pasti baki anggota sindiket itu.

PPM Wilayah 4 Sabah memaklumkan akan terus memperkasakan risikan dan kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa dalam membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement