ALOR GAJAH: Polis Melaka menggerakkan semula Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di 253 sekolah rendah dan menengah di negeri ini susulan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka kembali dibenarkan di bawah Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.
Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah berkata kini terdapat seramai 7,402 murid dan pelajar menyertai kelab berkenaan yang bertujuan membentuk komuniti murid agar mempunyai kesedaran tinggi dalam pencegahan jenayah.
"Pelaksanaan inisiatif ini juga adalah di bawah Majlis Pemuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Kementerian Pendidikan (KPM) dan aktivitinya akan dikendalikan secara dalam talian semasa aktiviti kokurikulum dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada 'Program Hari Pertama Sekolah', di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal di sini hari ini.
Katanya walaupun murid dan pelajar yang menyertai kelab berkenaan tidak mempunyai kuasa sebagaimana seorang anggota polis, namun mereka boleh menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa terutama dalam melaporkan aktiviti jenayah yang mungkin berlaku dalam kawasan sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Razali (kanan) meluangkan masa beramah mesra bersama para pelajar yang hadir ke sekolah pada Program 1st Day at School di SMK Durian Tunggal. -Bernama
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.
Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
Perkhidmatan KTM Komuter 24 jam empat hari sempena Thaipusam bermula 9 Feb
KTMB umum perkhidmatan KTM Komuter yang beroperasi 24 jam selama empat hari tiga malam bermula 9 hingga 12 Feb sempena perayaan Thaipusam, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
#AWANInews
#AWANInews
"Menteri akan beri penjelasan dan pengumuman harga kenaikkan" - PM ANWAR
Perdana Menteri mengumumkan pada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan beri penjelasan dan pengumuman harga kenaikkan dengan subsidi kerajaan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Rasuah: Bekas Ketua Penolong Setiausaha JKM Melaka direman lima hari
Suspek yang masih lagi dalam perkhidmatan ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Melaka kira-kira jam 4.50 petang pada Isnin.
KTM Komuter percuma di Lembah Klang sempena Thaipusam 10, 11 Februari
Kementerian Pengangkutan melalui Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan memberikan tambang percuma kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang pada 10 dan 11 Februari ini sempena perayaan Thaipusam, kata Menterinya, Anthony Loke.
#AWANInews
#AWANInews
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.
Bayar balik kos diesel untuk petani dan pesawah yang terbeban
Perdana Menteri berkata program PADU memberi jaminan membayar balik petani dan pesawah yang terbeban dengan kos diesel yang bertambah.#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis Melaka aktifkan kembali kelab pencegahan jenayah di sekolah
Kini terdapat seramai 7,402 murid dan pelajar menyertai Kelab Pencegahan Jenayah di 253 sekolah di Melaka.