MELAKA: Polis menahan seorang pemandu kren yang disyaki terlibat dengan aktiviti penjualan senjata tiruan dalam Op Laras di Kuala Sungai Baru pada Selasa lepas.
Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Ali Abdul Majid berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 1.15 tengah hari hasil risikan pihak polis.
"Suspek itu dipercayai aktif dengan kegiatan menjual senjata tiruan itu sejak dua tahun lepas malah didapati melakukan kesalahan sama berulang kali sejak tahun 2001 selain memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan senjata api.
"Hasil pemeriksaan di rumahnya polis juga menemukan tujuh laras senapang angin yang menyerupai senjata sebenar, beberapa komponen senapang angin serta peluru 'ball bearing' (alas bebola)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh di sini pada Khamis.
Mohd Ali berkata senapang angin itu dijual dalam bentuk komponen dengan menggunakan khidmat penghantaran kurier sebelum suspek menghantar video melalui aplikasi WhatsApp untuk mengajar cara-cara pemasangan senjata kepada pelanggannya.
Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati suspek mendapatkan bekalan dari negara jiran menggunakan laluan air dan dipercayai membeli komponen senapang angin itu secara berperingkat.
"Suspek juga telah menjual empat laras senapang angin dengan harga RM3,500 setiap satu kepada pelanggan dari negeri lain menerusi kenalan rapatnya dan pihak polis akan mengenal pasti pembeli terbabit untuk tindakan lanjut.
"Hasil soal siasat juga suspek mendakwa senjata tiruan itu digunakan untuk memburu namun uji kaji tembakan yang dijalankan Bahagian Persenjataan IPK Melaka mendapati peluru alas bebola yang dirampas itu boleh mendatangkan kecederaan serius jika disalahgunakan," katanya.
Katanya suspek direman selama lima hari bermula tarikh ditahan sehingga 8 Jan ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
![Polis Melaka tahan lelaki jual senapang angin Polis Melaka tahan lelaki jual senapang angin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641511788_KetuaPolisMelakaD.jpg)
Mohd Ali (kiri) menunjukkan senapang angin dan komponen yang dirampas hasil serbuan dalam Op Laras pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh, 6 Jan 2022. --fotoBERNAMA
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
![Warga emas didakwa tembak kucing jiran sampai mati Warga emas didakwa tembak kucing jiran sampai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669788607_TEMBAKKUCING.jpg)
Warga emas didakwa tembak kucing jiran sampai mati
Tindakan seorang warga emas menembak seekor kucing milik jirannya sehingga mati, membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini.
![Padah hasilkan senapang angin, pistol tiruan selepas belajar di YouTube Padah hasilkan senapang angin, pistol tiruan selepas belajar di YouTube](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620973496_Gari.jpg)
Padah hasilkan senapang angin, pistol tiruan selepas belajar di YouTube
Selain dadah, polis menemui tiga laras senapang angin, sepucuk pistol tiruan, balang gas yang diubah suai dan gari serta anak kunci.
![Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655807590_TBtembakkucing.jpg)
Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin
Tidak tahan kucing betina milik jiran masuk rumah, warga emas dan anaknya membunuh haiwan itu.
![Maritim gagalkan cubaan seludup lima senapang angin Maritim gagalkan cubaan seludup lima senapang angin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642024063_TBsenapangangin.jpg)
Maritim gagalkan cubaan seludup lima senapang angin
Rampasan dilakukan jam 7.20 malam Selasa hasil maklumat risikan dan intipan di perairan Batu Pahat.
![Polis Melaka tahan lelaki jual senapang angin Polis Melaka tahan lelaki jual senapang angin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641511788_KetuaPolisMelakaD.jpg)
Polis Melaka tahan lelaki jual senapang angin
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 1.15 tengah hari hasil risikan pihak polis.
![Empat lelaki direman miliki senapang buatan sendiri di Rembau Empat lelaki direman miliki senapang buatan sendiri di Rembau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628934979_PolisLogo.jpg)
Empat lelaki direman miliki senapang buatan sendiri di Rembau
Kesemua mereka yang berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan antara 10.45 malam dan 12 tengah malam.
![Pemandu kren ditahan miliki dua senapang angin buatan sendiri Pemandu kren ditahan miliki dua senapang angin buatan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621873677_PDRM.jpg)
Pemandu kren ditahan miliki dua senapang angin buatan sendiri
Seorang pemandu kren ditahan kerana memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di Rumah Awam Lubok Redan, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.
![Lelaki miliki dadah, senapang angin ditahan Lelaki miliki dadah, senapang angin ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61619906421_senapangangin.jpg)
Lelaki miliki dadah, senapang angin ditahan
Pemeriksaan ke atas lelaki berusia 27 tahun sekitar jam 1.30 petang itu turut menemui dadah jenis syabu seberat 0.2 gram.
![Rompak: Guna senapang angin, ancam penyelia taska Rompak: Guna senapang angin, ancam penyelia taska](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615613104_PDRM.jpg)
Rompak: Guna senapang angin, ancam penyelia taska
Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi Selasa dan suspek telah mengarahkan mangsa menyerahkan wang sambil mengacu senapang angin di kepala mangsa.
![Ujian DNA sahkan identiti wanita ditembak suami Ujian DNA sahkan identiti wanita ditembak suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615325140_wanitaditembaksu.jpg)
Ujian DNA sahkan identiti wanita ditembak suami
Keputusan DNA itu baharu diperoleh malam ini dan difahamkan keluarga mangsa telah menuntut jenazah wanita tersebut.