KUALA LUMPUR: Polis akan mendapatkan waran baharu bagi tujuan membuat permohonan notis merah untuk terus menahan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini sekiranya berada di luar negara.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebelum ini polis memohon notis biru untuk mengesan lokasi ahi perniagaan itu.
Menurutnya, notis merah itu akan dihebahkan dengan bantuan Interpol (Polis Antarabangsa) untuk terus menahan Nicky jika lelaki itu ditemui.
"Petang ini kita akan mendapatkan waran baru dari Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan notis merah," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan ke atas anak seorang anggota polis yang kini di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah memohon notis biru kepada Interpol (Polis Antarabangsa), bagi mengesan dan menangkap Nicky yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini sekiranya berada di luar negara.
Notis biru Interpol merujuk kepada permintaan untuk menjejaki, mengenal pasti atau mendapatkan maklumat, tentang orang yang menjadi perhatian.
PDRM sebelum ini melumpuhkan sindiket jenayah terancang Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menerusi 70 serbuan pada 20 hingga 28 Mac lalu.
Serbuan di sekitar Lembah Klang dan Selangor oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 itu bertindak menahan 118 individu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, antara individu yang ditahan adalah dua adik kepada Soon Hee masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk berusia 28 dan 30 tahun selain seorang lagi Datuk Seri serta lima Datuk lain.
Artikel ini disiarkan di portal berita Sinar Harian pada 15 April, 2021.
Sinar Harian
Thu Apr 15 2021

PDRM sebelum ini telah memohon notis biru kepada Interpol (Polis Antarabangsa), bagi mengesan dan menangkap Nicky yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini sekiranya berada di luar negara. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

14 individu 'Geng Nicky' bebas tuduhan jenayah terancang
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan 14 individu termasuk dua adik kepada ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang.

PDRM peroleh notis merah Interpol untuk Jho Low, Nicky Liow
Notis merah untuk kedua-dua individu terbabit masing-masing diperoleh pada 11 Jun 2018 dan 20 April 2021.

Polis minta bantuan Interpol kesan Nicky Liow
Polis akan mendapatkan waran baharu bagi tujuan membuat permohonan notis merah untuk terus menahan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di Malaysia.

Nicky Liow masih dalam negara - KPN
Polis percaya Nicky masih berada di dalam Malaysia dan pasukan khas terus gigih untuk menilai apa juga maklumat yang dikongsikan orang ramai.

16 geng Nicky didakwa pagi ini
Mereka yang tiba di mahkamah pada jam 8 pagi dikawal ketat oleh pasukan polis.

Tiada kompromi pegawai sekongkol dalang Geng Nicky - KP Imigresen
Khairul Dzaimee berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada sebarang tangkapan dalam kalangan pegawai Imigresen berkaitan perkara ini.

Polis mohon bantuan Interpol jejaki Datuk Seri Nicky Liow
Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan Nicky Liow sedang mencuba untuk menyelusup keluar dari negara ini bagi melarikan diri.

68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN
Kesemua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah pengubahan wang haram.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu, disyaki terlibat sindiket pengubahan wang haram
Polis Johor sedang memburu seorang bekas timbalan pendakwa raya yang disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram.

Berita tangkapan Nicky Liow palsu - Ayob Khan
Polis Johor hari ini mengesahkan berita penangkapan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang dipercayai dikehendaki untuk siasatan sindiket pengubahan wang haram dan kesalahan kumpulan jenayah terancang b