GEORGE TOWN: Polis meminta individu yang merakam video beberapa buah kenderaan membuat pusingan U serta memandu secara melawan arus di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jelutong di sini supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut bagi mengenal pasti tarikh dan masa serta pemandu kenderaan yang terlibat.
Menurutnya, mereka yang menyaksikan kejadian itu juga diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis untuk membantu siasatan.
"Terdapat satu klip video yang memaparkan beberapa kenderaan membuat pusingan U secara haram dan memandu melawan arus di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Ia dipercayai tular di media sosial tadi (Isnin).
"Oleh itu, saya memohon individu yang merakam video tersebut serta menyaksikan kejadian supaya tampil ke Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Erma di talian 017-6652405 bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Soffian berkata, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan melanggar peraturan lalu lintas dan boleh membahayakan nyawa orang lain boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang dari RM5,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan sesuatu lesen memandu untuk tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.
"Susulan kejadian ini, saya menasihatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya bertolak ansur dan bersabar sekiranya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
"Jangan sesekali mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Polis minta perakam video tular tampil
Sinar Harian
Mon May 24 2021
Klip video tular di media sosial membabitkan kejadian beberapa kenderaan yang membuat pusingan U dan melawan arus di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, George Town. - Foto Sinar Harian
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.
Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.
Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.
Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."
"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.
Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.
Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.