KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan seorang lelaki mengatakan dirinya disuntik menggunakan picagari kosong ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), di sini, pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dakwaan berkenaan hanya salah faham dan individu itu telah disuntik dengan vaksin jenis Sinovac.
Beliau berkata siasatan mendapati individu berkenaan telah dihubungi oleh petugas di PPV itu dan diberi penerangan dengan jelas berhubung prosedur pengambilan vaksin dan individu berkenaan berpuas hati dengan penerangan diberikan.
"Tiada laporan polis dibuat oleh penerima vaksin itu atau mana-mana individu berkaitan dakwaan hampir ditipu ketika menerima suntikan vaksin di PPV berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Zaid laporan polis hanya dibuat pihak BACC semalam untuk menjelaskan dan menafikan dakwaan individu berkenaan.
Mohd Zaid berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan siasatan mendapati ciapan di ruangan komen Twitter itu dibuat oleh teman wanita penerima vaksin itu yang menyebabkan ia tular dan mendapat pandangan negatif daripada masyarakat.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun ciapan yang belum dipastikan kebenarannya terutama bagi isu-isu sensitif seperti pemberian vaksin.
Dalam kes berasingan, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya telah memanggil petugas kesihatan dan saksi berkaitan untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, Sabtu lepas.
"Pihak kami ada menerima laporan dan petugas atau individu yang terlibat telah dipanggil untuk membantu siasatan," katanya dihubungi hari ini.
Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan mengenai beberapa individu disuntik dengan picagari kosong di pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 di Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor, yang tular di media sosial baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021

Mohd Zaid berkata dakwaan berkenaan hanya salah faham dan individu itu telah disuntik dengan vaksin jenis Sinovac. - Gambar hiasan/ AP

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Keletihan petugas mungkin punca ada yang disuntik picagari kosong
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan beberapa kes petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang didakwa gagal memberi suntikan adalah disebabkan oleh faktor keletihan.

Polis nafi dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV BACC
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki mengatakan dirinya disuntik menggunakan picagari kosong ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC).

CITF siasat dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV
Siasatan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa termasuk PDRM dan ATM agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

KKM siasat dakwaan individu disuntik picagari kosong
KKM akan menjalankan siasatan terperinci berhubung individu yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong ketika mendapatkan vaksin COVID-19 di Selangor, baru-baru ini.