KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menafikan seorang penunggang motosikal dikenakan tindakan saman atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh tetapi kerana gagal mempamerkan LKM.
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata penunggang berkenaan dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 20(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Kilometer 11.9 Jalan Labohan Dagang-Nilai semasa sekatan jalan raya pada Jumaat lepas, 8.45 malam.
Beliau berkata hasil semakan mendapati LKM dan insurans motosikal terbabit masih sah tetapi lesen memandu penunggang motosikal iaitu orang kena saman (OKS) telah tamat tempoh pada 26 Dis tahun lepas dan hanya nasihat sahaja diberikan polis.
“Adalah tidak menjadi kesalahan pegawai polis tersebut mengeluarkan saman bagi kesalahan tidak pamer LKM kerana ia tidak termaktub sepertimana arahan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang memberikan pengecualian untuk pembaharuan LKM dan lesen memandu kompeten (CDL) yang tamat tempoh pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bermula 1 Feb hingga 31 Mac 2021.
“Semasa kejadian tiada sebarang bukti dokumen LKM dan insurans (e-cover note atau e-nota perlindungan insurans) ditunjukkan oleh OKS sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (Perwatam),” katanya dalam kenyataan semalam.
Azisman berharap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan yang timbul dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri tanpa merujuk kepada pihak berwajib.
Semalam, media tempatan melaporkan Perwatam mempertikaikan tindakan polis menyaman seorang lelaki kerana gagal mempamerkan LKM, Jumaat lepas.
Pengerusinya, Hishamuddin Abd Aziz, dalam kenyataan dilaporkan berkata lelaki terbabit yang juga pelanggan Perwatam, dikatakan telah menunjukkan bukti e-nota perlindungan insurans dan memaklumkan kepada pihak polis mengenai pengecualian pembaharuan LKM itu.
Namun, beliau berkata pegawai polis tersebut didakwa memaklumkan LKM perlu juga diperbaharui dan dipamerkan sebelum mengeluarkan saman atas kesalahan tidak mempamerkan LKM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
![Polis nafi penunggang motosikal disaman kerana lesen LKM tamat tempoh Polis nafi penunggang motosikal disaman kerana lesen LKM tamat tempoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616458020_DatukAzismanAlias.jpg)
Azisman berharap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan yang timbul dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri tanpa merujuk kepada pihak berwajib. - Gambar fail
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16 Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739464331_tbBersatu.jpg)
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Polis rekod RM95 juta kerugian jenayah komersial di Pahang pada 2024 Polis rekod RM95 juta kerugian jenayah komersial di Pahang pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Polis rekod RM95 juta kerugian jenayah komersial di Pahang pada 2024
Sebanyak 2,263 kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM95 juta pada tahun lepas.
![JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024 JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735297046_TBYUSRIHASSAN.jpg)
JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024
Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan.
![Aliran trafik Deepavali: 2,752 anggota, pegawai JSPT bertugas - Pengarah Aliran trafik Deepavali: 2,752 anggota, pegawai JSPT bertugas - Pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722287712_MohdYusriHassanBa.jpg)
Aliran trafik Deepavali: 2,752 anggota, pegawai JSPT bertugas - Pengarah
JSPT Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.
![KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727731164_KLSCMlarian.jpg)
KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Lebih 30 jalan di ibu negara akan ditutup atau dilencongkan sempena acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024.
![10 mat rempit buat aksi 'superman' ditahan 10 mat rempit buat aksi 'superman' ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707534757_matrempit.jpg)
10 mat rempit buat aksi 'superman' ditahan
Sebanyak 48 saman turut dikeluarkan ke atas kedua operasi yang dijalankan selain sitaan melibatkan 10 buah motosikal.
![Polis siasat laporan kemalangan libat kenderaan pengiring Polis siasat laporan kemalangan libat kenderaan pengiring](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652737208_Siasatan.jpg)
Polis siasat laporan kemalangan libat kenderaan pengiring
Polis meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian tersebut untuk hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan.
![Lelaki pandu lawan arus maut bertembung Lelaki pandu lawan arus maut bertembung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645854340_lelakipandulawan.jpg)
Lelaki pandu lawan arus maut bertembung
Kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung di kilometer (km) 6.2 arah Hartamas menghala Plaza Tol Pantai.
![9,634 saman dikeluarkan sepanjang lima hari Op Selamat di Perak 9,634 saman dikeluarkan sepanjang lima hari Op Selamat di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643723625_Saman.jpg)
9,634 saman dikeluarkan sepanjang lima hari Op Selamat di Perak
Sebanyak 9,634 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Perak sejak Jumaat lepas.
![PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51481071395_Saman.jpg)
PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus
Tawaran itu tidak termasuk bagi kes lampu isyarat merah dan saman menggunakan lorong kecemasan yang dilakukan pada tahun ini.
![Tiga cedera nahas empat kenderaan di Jalan Ulu Yam Tiga cedera nahas empat kenderaan di Jalan Ulu Yam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633902636_BPNAHASjpg.jpg)
Tiga cedera nahas empat kenderaan di Jalan Ulu Yam
Pemandu Mitsubishi Lancer terbabit cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.