KUALA LUMPUR: Polis hari ini menafikan pihaknya tidak menyaman individu yang tidak memakai pelitup muka sepanjang Ramadan dan semasa sambutan Aidilfitri nanti.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass ketika dihubungi Bernama sebaliknya berkata penguatkuasaan tetap dilaksanakan ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru menegaskan bahawa SOP fasa peralihan ke endemik yang bermula 1 April lalu masih berkuat kuasa dan pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam.
"Oleh yang demikian, PDRM masih meneruskan tindakan kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP berkenaan di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hari ini tular di aplikasi WhatsApp satu edaran dengan kepala surat bertarikh 20 April meminta pegawai kanan dan pegawai rendah polis mengambil maklum SOP terkini yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Antara makluman dalam edaran itu adalah tiada lagi saman akan dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, bagaimanapun pasukan pemantau hendaklah memberi nasihat agar orang ramai memakai pelitup muka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
![Polis nafi saman tidak dikenakan jika tidak pakai pelitup muka semasa Ramadan, Syawal Polis nafi saman tidak dikenakan jika tidak pakai pelitup muka semasa Ramadan, Syawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51648792775_TBFaceMask.jpg)
Polis hari ini menafikan pihaknya tidak menyaman individu yang tidak memakai pelitup muka sepanjang Ramadan dan semasa sambutan Aidilfitri nanti. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
![Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739097304_tbMohdShuhaily.jpg)
Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
![Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739096699_FBScam.jpg)
Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
![Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
![Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738991353_TBLAPANGAN.jpg)
Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
![Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738681476_SCAM.jpg)
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
![Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738680569_maut.jpg)
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
![Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738481907_tbsuamitamparSep.jpg)
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
![Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738455731_TBpukul.jpg)
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.