GEORGE TOWN: Polis menafikan telah menahan seorang lelaki di sebuah masjid di Gelugor di sini kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP sebaliknya berkata suspek ditahan kerana mengganggu jemaah di situ, dalam kejadian pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata menerusi pemerhatian di media sosial, terdapat maklum balas warganet yang mendakwa lelaki itu ditahan atas kesalahan melanggar SOP di masjid.
"Sebenarnya penyebaran maklumat itu tidak benar kerana lelaki berusia 35 tahun itu ditahan berikutan mengganggu jemaah menunaikan solat dalam kejadian pada 8.25 malam dan pemeriksaan di dalam beg sandangnya menemukan pisau berukuran 13 sentimeter.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebar dan menularkan kenyataan yang tidak benar mengenai kes ini, lelaki itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial lelaki yang memakai baju Melayu hijau itu dilaporkan berlegar di dalam masjid dan dia telah ditahan kononnya melanggar SOP PKP.
Di Kepala Batas, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor pula berkata sepuluh premis yang dijadikan tempat menjalankan kegiatan judi loteri awam haram digempur polis dalam beberapa serbuan di sekitar daerah itu selama enam jam bermula 12 tengah hari semalam.
Beliau berkata operasi yang membabitkan 41 pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah SPU serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu telah berjaya menahan 11 individu berusia lingkungan 20 hingga 62 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi loteri awam haram dan perjudian secara dalam talian.
"Serbuan di sepuluh premis itu membabitkan kawasan sekitar Butterworth, Mak Mandin, Tasek Gelugor dan Kepala Batas, seramai sembilan lelaki dan dua wanita ditahan dalam operasi berkenaan," katanya.
Noorzainy berkata dalam operasi itu, pihaknya turut merampas beberapa peralatan seperti pen, kalkulator, slip kertas bercetak angka disyaki berkaitan judi loteri awam haram, pencetak mini, telefon bimbit serta sebuah kereta.
Katanya polis akan meminta Tenaga Nasional Berhad memotong bekalan elektrik di premis terbabit bagi mengelakkan kegiatan sama berulang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021
Menerusi pemerhatian di media sosial, terdapat maklum balas warganet yang mendakwa lelaki itu ditahan atas kesalahan melanggar SOP di masjid. - Gambar/ Media sosial
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Polis nafi tahan lelaki di masjid kerana tidak patuh SOP PKP
Polis menafikan telah menahan seorang lelaki di sebuah masjid di Gelugor di sini kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Kompaun pembantu tukang masak di Kampung Rapat, Ipoh tidak wujud
Semakan lanjut dengan pemilik facebook Kuan Chee Heng juga mendapati bahawa individu yang mendakwa dikompaun, gagal dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan oleh pemilik akaun laman sosial itu.
Empat individu dikompaun RM10,000 langgar SOP di Sibu
Mereka yang dikompaun termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang tidak memakai pelitup muka.