KUANTAN: Polis Pahang mengambil inisiatif memperkasakan kawalan keselamatan dan pertahanan balai polis di negeri ini dengan melaksanakan Latihan Tembak Taktikal kepada seluruh kontinjen bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, latihan yang dilaksanakan mengikut zon bermula 6 Jun hingga 12 Julai itu susulan beberapa insiden sebelum ini seperti serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, cubaan menceroboh Istana Negara dan Balai Polis Dato' Keramat.
Beliau berkata, keutamaan latihan diberikan kepada petugas balai bertujuan melatih mereka di lapangan supaya sentiasa siap siaga dan lebih peka.
"Saya percaya, Kontinjen Pahang satu-satunya kontinjen yang melaksanakan latihan Tembak Taktikal ini melibatkan anggota Kem Komandan, cawangan Istana serta petugas-petugas di daerah. Saya berharap ia sentiasa dipraktikkan dalam usaha menjaga keselamatan diri dan pasukan," katanya pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) Pahang, di sini, semalam.
Pada sidang media kemudian, beliau berkata, langkah komprehensif dan siap siaga semasa menjalankan tugas amat penting sebagai garis panduan kepada Petugas Barisan Hadapan bagi Pegawai Rendah Polis (PRP) di lapangan.
Mengambil kira faktor itu, latihan berkenaan yang melibatkan seramai 130 petugas daripada 11 daerah termasuk IPK dan pengiring istana memberi penekanan kepada keselamatan pertahanan balai merangkumi pemantapan kaedah menembak dan kemahiran penggunaan senjata apabila berlaku kecemasan.
"SOP (prosedur operasi standard) sudah ada dan kita mengaktifkan semula semua langkah mekanisme pertahanan balai," katanya yang turut terlibat sebagai tenaga pengajar.
Latihan berkenaan membabitkan lapan tenaga pengajar dan tempoh latihan selama tiga hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Noor Hisam bercakap pada sidang media selepas perhimpunan bulanan di IPK Pahang, Kuantan, semalam. - Foto Polis Pahang
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Polis Pahang laksana Latihan Tembak Taktikal, perkasa keselamatan balai
Noor Hisam berkata, latihan yang dilaksanakan mengikut zon bermula 6 Jun hingga 12 Julai itu susulan beberapa insiden sebelum ini.