Polis Perak sedang memburu seorang pembantu rumah warga Indonesia, yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang wanita di Pasir Putih di sini, pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Osman berkata, mangsa, seorang wanita warga emas berumur 72 tahun, ditemui mati dengan kecederaan di bahagian kepala, di rumahnya di Pasir Putih petang semalam.
"Hasil siasatan awal mengenal pasti suspek, yang terlibat dalam kejadian tersebut ialah seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah dan menetap bersama mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Anuar berkata, suspek dikenali sebagai Siti Naisyah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh DSP Mohd Hasni Mohd Nasir, di talian 016-4888025 atau Pegawai Penyiasat ASP Jalizulham Abdullah di nombor 019-5716472.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 19 2020

Siasatan polis mendapati suspek ialah seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah dan menetap bersama mangsa.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis Perak buru Siti Naisyah bantu kes bunuh
Suspek dikenali sebagai Siti Naisyah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.