NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukanlah memastikan pakaian yang dikenakan sesuai atau tidak semasa membuat laporan polis.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata demikian susulan dakwaan seorang lelaki bahawa beliau diminta menukar kepada seluar panjang terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat laporan mengenai kejadian kecurian dan keretanya dipecahkan penjenayah, Khamis lepas.
Khaw berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota polis terlibat.
"Polis Pulau Pinang sentiasa mengamalkan konsep berkhidmat untuk masyarakat dan mereka yang datang ke balai polis memerlukan bantuan.
"Maka keutamaan ialah menerima laporan polis untuk mengambil tindakan segera dan membantu mangsa yang memerlukan...bukanlah pakaian sesuai atau tidak sesuai semasa membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Khaw berkata berdasarkan semakannya arahan menukar seluar dibuat oleh seorang anggota Polis Sukaralewan Simpanan (PVR) yang bertugas di pondok pengawal balai polis ketika itu.
Beberapa portal berita melaporkan lelaki berusia 34 tahun itu sedang menjamu selera di sebuah pusat penjaja di Bukit Tambun di sini bersama keluarganya sebelum mendapati cermin keretanya dipecahkan.
Beliau yang berseluar pendek pergi ke Balai Polis Simpang Ampat bagi melaporkan kehilangan wang tunai RM800 dan pasport isterinya yang juga warganegara China, namun diarahkan untuk menukar seluar kepada seluar panjang.
Lelaki itu kembali ke tempat kejadian bersama keluarganya selepas dilarang memasuki Balai Polis Simpang Ampat dan kemudian memeriksa semak-samun berhampiran dengan harapan pencuri meninggalkan pasport isterinya di situ sebelum didatangi anggota polis.
Selepas menceritakan kejadian keretanya dipecahkan, anggota polis itu menyuruh lelaki tersebut ke Balai Polis Bukit Tambun dan beliau dapat membuat laporan polis tanpa sebarang masalah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Khaw berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota polis terlibat. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.
Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
Pengurus insurans rugi RM1.393 juta terperdaya pelaburan dalam talian
Seorang pengurus insurans mengalami kerugian RM1.393 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham dalam talian, November lepas.
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam.
PH Selangor buat laporan polis terhadap ADUN pembangkang berkait hantaran berunsur fitnah
Naib Pengerusi PH Selangor Azli Yusof berkata pihaknya mengecam sekeras-kerasnya fitnah berkenaan.
Srikandi Bersatu desak PDRM segera siasat Hannah Yeoh
Nolee Ashilin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha yang mengancam keharmonian dan kestabilan negara.
Balu Tragedi Tanduo akan buat laporan polis siasat isu perobohan rumah
Sitti Bandorah Mahalil berkata beliau sedia dibicarakan mengikut laras undang-undang dalam usahanya mempertahankan rumah pusaka tersebut.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Polis mohon bantuan kesan Dhiya Azzahra
Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak keluar dari sebuah rumah di Seksyen U3, di sini pada Sabtu.
Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan mengenai aktiviti pembalakan haram
Jabatan Perhutanan Sabah menafikan dakwaan berlaku aktiviti pembalakan haram di negeri ini seperti dilaporkan dalam dua artikel baru-baru ini.