Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata turut dirampas dua forklift, tiga lori bonded atau tertutup dan sebuah kereta.
"Tangkapan dan rampasan berkenaan dipercayai berjaya memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran dan penjualan arak tidak berkastam yang bergerak aktif di sekitar Sibu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azmi berkata sebanyak 41 serbuan dijalankan seluruh negara dan 44 orang ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar dan penjualan senjata tiruan sejak 1 Jan lepas.
"Keseluruhan nilai rampasan sepanjang tempoh itu dianggarkan berjumlah RM175,937,546.85," katanya.
-- BERNAMA