BUKIT MERTAJAM: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dipercayai tertembak diri sendiri membabitkan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang, ketika mahu menghadiri latihan menembak di jabatan itu, di sini hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu yang berlaku kira-kira 9 pagi tadi dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Sekarang ini mangsa dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya tanpa mengulas lanjut.
Beliau berkata pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu selepas siasatan selesai.
Sementara itu, menurut sumber kejadian itu membabitkan pegawai kastam lelaki yang bertugas di sini dan mangsa ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu yang berlaku kira-kira 9 pagi tadi dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Pegawai kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mahu mencuba pistol jenis CZ sebelum tertekan picu, dalam insiden 11 Jun lepas.

Polis sahkan terima laporan kes tertembak babit pegawai kastam
Polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu selepas siasatan selesai.

Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.

Warga emas maut tertembak diri sendiri dalam kebun durian
Punca kematian adalah disebabkan pendarahan akibat tembakan.

Anggota PGA maut dipercayai tertembak diri sendiri
Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong dekat sini, awal pagi tadi.