SHAH ALAM: Seramai 89 individu diberkas dalam operasi khas membanteras perjudian dalam talian di Klang Selatan dan Kajang bermula pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua tangkapan melibatkan kategori perjudian dalam talian dan loteri awam tanpa lesen.
"Seramai 67 individu ditahan melibatkan tangkapan perjudian dalam talian dan 22 individu ditahan melibatkan loteri awam tanpa lesen.
"Polis turut merampas pelbagai peralatan perjudian terdiri daripada 77 buah komputer,182 buah komputer riba, 33 buah telefon bimbit, tujuh unit modem, enam unit router dan wang tunai berjumlah RM109,879," katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Selangor pada Isnin.
Katanya, sasaran operasi menjurus kepada aktiviti perjudian dalam talian yang menggunakan komputer riba, tablet dan peralatan elektronik lain sebagai medium perjudian," katanya.
Menurutnya, statistik tangkapan perjudian di seluruh Kontinjen Selangor pada tahun 2020 dan 2021 membabitkan 6,432 kertas siasatan dibuka dengan jumlah tangkapan seramai 10,649 orang.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,859 bersamaan 92 peratus kertas siasatan telah berjaya dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan perjudian di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 melibatkan dua kategori iaitu perjudian dalam talian dan Loteri Awam Tanpa Lesen.
"Bagi kategori perjudian dalam talian sebanyak 2,106 kertas siasatan telah dibuka dengan jumlah tangkapan seramai 5,792 orang.
"Bagi kategori Loteri Awam Tanpa Lesen sebanyak 4,326 kertas siasatan telah dibuka dengan jumlah tangkapan seramai 4,857 orang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 17 2022
![Polis Selangor gempur aktiviti perjudian dalam talian Polis Selangor gempur aktiviti perjudian dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642454386_Arjunaidi.jpg)
Arjunaidi (tengah) menunjukkan antara peralatan yang dirampas menerusi operasi membanteras perjudian dalam talian yang dijalankan bermula Jumaat. -Foto Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan 29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739598033_TBgari.jpg)
29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
![Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739269639_KempenKeselamatanI.jpg)
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737455601_FahmiFadzil.jpg)
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
![Polis berhak periksa telefon orang awam jika ada syak wasangka munasabah - Razarudin Polis berhak periksa telefon orang awam jika ada syak wasangka munasabah - Razarudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730015550_tbRazarudinHusain.jpg)
Polis berhak periksa telefon orang awam jika ada syak wasangka munasabah - Razarudin
Ia termaktub di bawah Kanun Prosedur Jenayah bagi memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam.
![Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721894252_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan
Polis melumpuhkan kira-kira 40 sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas selama 12 hari bermula 25 Nov hingga 6 Dis lepas.
![Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia' Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'
CSM menegaskan mereka tidak membuat panggilan sedemikian kepada orang ramai.
![Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732223665_BankIndonesia.jpg)
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
![Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732197250_OnlineGambling.jpg)
Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia
Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara.