SEREMBAN: Polis menyerbu tiga premis di sekitar Nilai dekat sini yang disyaki membuat sambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin sejak tiga bulan lepas membabitkan kerugian RM172,394.53.
Ketua Polis Daerah NIlai Supt Abdul Malik Hasim berkata dalam serbuan hampir tiga jam bermula pukul 9 malam, semalam, polis merampas 101 mesin bitcoin, dua unit modem, dua unit router dan sebuah unit pemprosesan pusat (CPU).
"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.
"Polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini dan sekiranya orang awam mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, diminta hadir ke balai polis terdekat atau hubungi talian 06-7904222 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kes berasingan, Abdul Malik berkata polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Agnes Cheong' kerana disyaki membuat hantaran berbaur menghina agama selepas menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada kira-kira 6 petang, semalam.
Beliau berkata wanita itu mendakwa ketika dia sedang melayari Facebook pada November lepas, didapati terdapat satu hantaran daripada Agnes Cheong yang menulis perkataan dan memuat naik gambar yang menyentuh isu sensitif seperti agama, perkauman dan kerabat diraja.
"Pemilik akaun tersebut membuat satu lagi hantaran pada 1 Dis lepas yang menampilkan gambar seekor anjing sedang memakai tudung serta menggambarkan anjing tersebut sebagai seorang Melayu," katanya.
"Hasil siasatan mendapati hantaran itu telah dipadamkan. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Polis menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat hantaran di media sosial yang menimbulkan kegusaran awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Dalam serbuan malam tadi, polis merampas 101 mesin bitcoin, dua unit modem, dua unit router dan sebuah unit pemprosesan pusat (CPU). - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.