KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan wanita dicabul ahli politik di kediamannya di Taman Bukit Melawati, di sini pada Ogos tahun lalu.
Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 48 tahun itu pada 16 Mac lalu.
Jelasnya, kejadian berlaku di antara Julai atau Ogos tahun lalu ketika mangsa dan suaminya telah dilawati oleh rakan baik mereka yang juga seorang ahli politik bersama isterinya di kediaman mereka.
Bagaimanapun, pada awal pagi kejadian ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat satu, mangsa mendakwa telah dicium selain payudaranya diramas oleh suspek.
"Pada awal pagi, semasa mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat 1, tiba-tiba tersedar dan merasai mangsa dicium dan payudara telah diramas.
"Setelah suspek menyedari mangsa tersedar dari tidur, suspek terus turun ke bawah untuk pulang ke rumah bersama isterinya.
"Pengadu takut untuk membuat sebarang aduan polis selama ini, kerana bimbang akan merosakkan hubungan di antara pengadu dan suspek," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Mangsa juga, jelas Mohamad Farouk menyatakan tidak pasti akan tindakan yang perlu diambilnya memandangkan suspek adalah ahli politik yang berpengaruh di negeri di Pantai Timur.
Bagaimanapun, tambah Mohamad Farouk, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh di hukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.
Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dijalankan berhubung kes itu.
Fareez Azman
Sun Mar 21 2021
Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, polis menerima laporan daripada wanita berusia 48 tahun itu pada 16 Mac lalu. - Gambar fail
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Dadah bernilai RM1.08 juta dirampas dalam tiga serbuan di Selangor
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.08 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Shah Alam, Klang Utara, dan Ampang Jaya pada 31 Dis lepas.
93 warga asing ditahan dalam serbuan di Ampang Jaya - JIM
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 93 warga asing dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya malam tadi.
Polis nafi kejadian tular tembakan di Ampang Jaya malam tadi
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini.
Wang tunai RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan ditahan
Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya kira-kira jam 10 malam.
Tanah runtuh Taman Melawati: Penduduk dipindah ke dewan serba guna - Polis
Penduduk diarah mengosongkan kediaman mereka berikutan insiden runtuhan tanah yang berlaku di lereng bukit Taman Melawati, akibat hujan lebat, pada Selasa.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.
Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami
Berang kerana wang RM5,000 yang diminta untuk pulang ke kampung tidak diberi, seorang wanita warga Indonesia bertindak mengugut dengan mengacu pisau ke muka suaminya.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.