JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook Kelab Penyokong Pas Malaysia yang mengaitkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam tuduhan rasuah.
Ketua Polis Johor, CP M Kumar berkata, hantaran itu menyebut Tunku Mahkota Ismail mengatakan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin meminta rasuah berjumlah RM20 juta daripada Qatar Holdings, pada 28 Jan tahun lepas.
Beliau berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi kira-kira pukul 4.05 petang, semalam.
"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang membuat hantaran, menularkan atau pun berkongsi maklumat berbaur hasutan, fitnah dan palsu sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau melihat isu itu sebagai satu cubaan hasutan jahat dalam menjatuhkan institusi diraja dan kerajaan negeri telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Hantaran bertajuk 'TMJ dah bersuara, takkan PMX masih senyap? boleh diakses di pautan URL (https://www.facebook.com/share/p/ng2tb1hMJqScCj41/?mibextid=K35Xf) - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024

Menurut Kumar, polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook Kelab Penyokong Pas Malaysia yang mengaitkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam tuduhan rasuah. - Gambar fail Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tunku Mahkota Ismail rasmi Festival Perarakan Chingay 2024
Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan simbolik perasmian festival itu dengan memalu gendang di pentas utama berhadapan pusat beli-belah Komtar JBCC.

Tunku Mahkota Ismail mahu lihat pendidikan anak Johor dipertingkat - Exco
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mahu melihat pendidikan anak Bangsa Johor dipertingkat dan tiada keciciran.

Tunku Mahkota Ismail perkasa belia di Johor menerusi TMIYC
TMIYC bukan saja memberi peluang kepada belia menjalankan aktiviti rekreasi dan riadah, malah berpotensi melahirkan generasi muda berkualiti dan berkeyakinan tinggi.