KUALA LUMPUR: Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan keaslian video tular memaparkan sepasang individu dipercayai warga Rusia yang didakwa menceroboh Menara Merdeka 118 baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya akan merujuk video berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
"Kita sedang bekerjasama dengan SKMM mengenai kesahihan dan ketulenan rakaman video yang ditularkan menerusi laman web 'Sky Scraper City Forum.
"Kita juga sedang dapatkan pengesahan daripada Imigresen berhubung rekod keluar masuk suspek berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa bercakap kepada media ketika ditemui di lokasi Op Khas Malam Ambang Tahun Baru 2023, di Jalan Loke Yew, di sini awal pagi Ahad.
Yahaya berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan daripada pihak pengurusan menara berkenaan selepas video terbabit tular.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan klip video dan gambar yang dimuat naik pasangan berkenaan telah disunting secara digital.
"Berdasarkan siasatan awal, pihak pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyatakan bahawa sistem kawalan ketat yang dibuat di seluruh kawasan menara itu menyukarkan pihak tidak berkenaan untuk masuk sekali gus memanjat menara berkenaan.
"Apa pun pihak polis harus menunggu hasil dari siasatan yang dibuat selepas merujuk kepada SKMM dan Imigresen," ujar beliau.
Pada Rabu Sinar Harian melaporkan, polis sedang mengesan sepasang pasangan tular dipercayai warga Rusia kerana disyaki telah menceroboh Menara Merdeka 118 untuk memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan, di sini baru-baru ini.
Sebelum itu, pasangan yang terkenal dengan aksi memanjat puncak pencakar langit berkenaan menjadi bualan warga tempatan selepas gambar mereka berdua di puncak menara berkenaan dimuat naik di sebuah forum dalam talian.
Forum dalam talian yang dikenali sebagai Skyscrapper City itu merupakan sebuah komuniti yang mengumpulkan pencinta pencakar langit, perancangan bandar dan struktur bangunan dari serata dunia.
Salah seorang daripada pasangan tersebut turut berkongsi gambar dalam satu hantaran di Instagram sambil memberitahu berjaya menawan menara kedua tertinggi di dunia berkenaan selepas berjam-jam mendaki sambil mengelak dikesan kamera litar tertutup dan pasukan keselamatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 01 2023

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan ketulenan video berkenaan. -Foto Skyscrapper City
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Menara Merdeka 118: Mercu tanda kebanggaan Malaysia, ini fakta menarik yang perlu anda tahu!
Signifikannya pencakar langit ini mempunyai makna sentimental berkenaan liku-liku yang ditempuh negara untuk mencapai kemerdekaan.

Agong rasmi Menara Merdeka 118
Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai.

Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara
Pemulihan Stadium Merdeka dan pembangunan Menara Merdeka 118 yang berdiri gah bersebelahannya benar-benar mencerminkan sejauh mana negara telah berkembang maju.

PNB akan berpindah ke Menara Merdeka 118 pada suku keempat 2023
Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan berpindah ke Menara Merdeka 118 dari lokasi sekarang di Menara PNB, Jalan Tun Razak, yang didudukinya sejak 1985.

Ceroboh Menara Merdeka 118: 'Jangan bazir bajet negara cari kami' - Pasangan Rusia
Lelaki warga Rusia, Ivan Beerkus yang menceroboh Menara Merdeka 118 memaklumkan dia dan pasangan sudah tidak berada di Malaysia.

Ceroboh beri imej negatif keselamatan negara
Beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan.

Warga Rusia dedah pengalaman ceroboh Menara Merdeka 118
Misi itu dimulakan dengan menyamar memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan identitinya tidak dikesan.

Polis siasat ketulenan video ceroboh Menara Merdeka 118
Yahaya Othman berkata, pihaknya akan merujuk video berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Menara Merdeka 118 disempurnakan walau negara berdepan pandemik COVID-19
Ini bukan sahaja satu pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai negara yang moden dan maju.

Menara Merdeka 118 pemangkin baharu ekonomi - Ismail Sabri
Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia kerana selain memberi peluang komuniti setempat.